Blog

10 Tanda Anda Akan Menjadi Orang Yang Berjaya

Anda minat pada apa yang anda usahakan. Seringkali, mereka yang berjaya minat dan suka sangat pada apa yang mereka lakukan. Kerja umpama hobi yang tidak terasa penat lelah berhadapan dengannya.   Anda faham kekuatan dan terima kelemahan diri. Mereka yang berjaya menggunakan kekuatan diri untuk kehadapan, namun tidak ego dan akui kelemahan yang ada pada diri sendiri dan sentiasa usaha memperbaiki kelemahan tersebut.   Anda mengaku sekiranya anda tersilap. Sekiranya anda melakukan kesilapan, anda akan mengakuinya dan tidak menuding jari pada orang lain atau memberi alasan. Menyalahkan orang lain dan memberi alasan tidak akan perbaiki diri sendiri.   Anda seorang yang penyayang. Anda mudah didekati orang lain dan anda saling menghormati dan sayang pada makhluk Allah swt. Anda akan rasa bahagia apabila melihat mereka di keliling anda bahagia. Itulah kunci kejayaan.   Anda mengambil tanggungjawab dan tidak menyalahkan orang lain. Anda sanggup mengambil tanggungjawab walaupun yang besar dan sekiranya sesuatu terjadi anda menerima tanggungjawan tersebut adalah tanggungjawab anda dan bukan salah orang lain.   Anda suka sangat belajar perkara-perkara baru. Anda tahu pentingnya mendalami ilmu dan anda berasa seronok mencari ilmu-ilmu baru dan cuba mengaplikasikannya dengan pantas.   Anda sentiasa mempunyai matlamat untuk menjadi lebih baik. Anda sentiasa terbayang bahawa diri anda boleh mencapai lebih lagi dari keadaan sekarang. Anda sering menolak diri anda untuk kehadapan dan menjadi lebih baik   Anda banyak bertanya perkara yang anda tidak tahu. Anda suka bertanya dan belajar dari bertanya. Anda tidak malu untuk bertanya kerana kalau malu bertanya, maka nanti jalan pula yang sesat!   Anda jarang putus asa. Anda menjadikan usaha sebagai tabiat dan tidak putus asa. Apabila terjumpa kesukaran, anda mengubah cara anda namun tetap tidak putus asa.   Anda yakin pada diri sendiri. Dan yang paling penting, mereka yang berjaya mempunyai keyakinan diri. Anda yakin anda boleh capai sesuatu yang hebat, mungkin walaupun belum nampak jalannya lagi… tetapi anda tetap yakin dalam hati bahawa satu hari nanti, matlamat anda pasti akan tercapai!   #ilmiituterlalumahal #ianyasebanyakmataberkelip #sederasjantungberdegup #ianyamilikAllah #koxmampumembayarnya #inisemuaduniawi #hanyatindakanygmampubayar #kobuatkodapat #sitokangkebon #silaturrahimmenjemputrezeki #impianitubukansekadarbicara

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *