Blog

Erti Merdeka Di Tanah Air Sendiri

Posted

Assalamualaikum 

Alhamdulillah dikesempatan ini saya ingin berkongsi cerita Kediaman mampu milik.

Maaf cakap yang mana hari ini jika kita tengok orang dari luar, contohnya Indonesia, Kemboja dan sebagainya datang ke Malaysia sehelai sepinggang. Bekerja pagi dan petang, membanting tulang demi membina hidup yang diimpikan, boleh bersatu hati memiliki tanah yang bernilai ratusan ribu mahupun jutaan harganya.

Mengapa kita yang menyanyikan lagu negaraku, lagu kebanggaan hanya mampu menongkat dagu. Apabila kita ingin membina rumah impian, tentu saja kita akan membuat beberapa pilihan. Dari memilih lokasi! Dimana rumah itu akan didirikan,  kepada menentukan bahan-bahan yg akan digunakan untuk rumah impian, sehingga sampai kepada rumah dan bentuk kewujudan yang diinginkan.

Demikianlah proses membina rumahku syurgaku. Yang akan menaungi kehidupan didunia ini. Kehidupan yang kita bina bukan untuk kepentingan diri kita saja, tetapi untuk anak cucu kita dibelakang hari.

Hari ini kami bukan nak menjual tanah,  kami nak ajak kawan-kawan berkongsi memiliki tanah walaupun sekangkang kera. Harga yang beratus atau berjuta kita kongsi kecilkan amaun.

Pembangunan yang dicadangkan ialah PEMBANGUNAN LOT LOT BANGLO MAMPU MILIK dengan keluasan bermula dari 2400 kps hingga 4000kps bersesuaian dengan lokasi. 

Harga yang ditawarkan bermula dari Rm25k hingga Rm150k bersesuaian dengan lokasi yang dibangunkan. 

Bagi setiap LOT binaan RUMAH yang dicadangkan berkeluasan 1000kps hingga 2000kps mengikut keluasan LOT yang dimiliki. 

3bilik+2bilik air @4bilik+4bilik air 

Harga rumah bermula dari Rm80k hingga Rm250k seunit bergantung pada keluasan dan material yang digunakan. 

Kaedah yang digunakan adalah melalui konsep GERAN BERSAMA(KONGSI)  dimana satu SURAT IKATAN AMANAH akan didaftarkan ke PEJABAT TANAH bagi menjaga HAK PEMBELI. Kaedah ini tidak akan menghalang PEMBELI untuk membuat PENUKARAN NAMA HAKMILIK KEPADA WARIS atau MENJUAL TANAH TERSEBUT KEPADA ORANG LAIN. 

Ianya juga secara tak langsung dapat menambah bilangan KARIAH baru dikawasan tersebut. Usahasama projek ini dijangka dapat membuka fikiran orang-orang MELAYU agar dapat memiliki tanah walau sekangkang KERA. 

SEKALIGUS KITA BERSAMA MEMPERTAHANKAN TANAH RIZAB MELAYU YANG DIJAJAH SECARA HALUS. 

MERDEKA PADA KATA.

HAKIKATNYA KITA MASIH BERGELANDANGAN DITANAH AIR SENDIRI.

Selain daripada itu ianya menjadi TANGGUNG JAWAB kepada pihak KAMI sebagai sebuah syarikat PEMAJU BUMIPUTRA untuk bersaing dengan bangsa lain. Pembangunan projek LOT TANAH MAMPU MILIK ini juga dapat menaikkan nilai tambah HARTANAH kawasan ini.  Selain daripada itu, Projek LOT TANAH MAMPU MILIK ini akan memberi peluang kepada golongan pertengahan untuk memiliki aset kediaman dengan harga MAMPU MILIK. 

Ini merupakan harga MAMPU MILIK dikalangan golongan pertengahan dengan pendapatan RM2000 hingga RM5000.

Bagi MEREKA yang ingin memiliki LOT TANAH MAMPU MILIK, pihak syarikat mencadangkan pembeli boleh memohon PINJAMAN PERIBADI.  Bagi kakitangan KERAJAAN mereka layak memohon PINJAMAN PERIBADI sehingga 10 kali gaji asas. 

 

Konsep pembangunan lot2 banglo mampu milik amat sesuai dan menjadi alternatif utama ketika ini. Ianya amat popular dikalangan penduduk BANTING,SALAK TINGGI,BANDAR BARU BANGI,SIJANGKANG,JLN KEBON,S.ALAM dan LEMBAH KLANG 2,Mempengaruhi peratusan permintaan RUMAH KEDIAMAN. 

 

Maaf sekali lagi dr sy kerana menganggu waktu sahabat2 maya ketika ini.

Sekadar perkongsian cerita membela tanah rizab melayu.

Ingin tahu cara memiliki kediaman mampu milik?

Kita berjumpa sambil bersembang mengeratkan silaturahi.

Mohon sebar2kan perkongsian ini utk generasi akan datang.

Agar anak cucu kita tidak bergelandangan ditanahair sendiri.

Mohon maaf sekali lagi dari saya diatas perkongsian ini memohon PINJAMAN PERIBADI sehingga 10 kali gaji asas. 

 

#SITOKANGKEBON# 

#IMPIANITUBUKANSEKADARBICARA# 

#SILATURRAHIMMENJEMPUTREZEKI# 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *