Blog

Makna Tersirat Yang Ada Pada ” DUIT “

Posted

Namaku: Wang
Nama pangilanku: Duit
Nama popularku: Money
Di Malaysia aku dipanggil: Ringgit
Di Indonesia aku dipanggil: Rupiah
Di Singapura aku dipanggil: Dolar
Di Brunei aku dipanggil: Ringgit/Dolar
Di Arab aku dipanggil: Riyal
Di Syurga aku dipanggil: Aku tiada di syurga

Aku tidak ke mana-mana, tapi
Ada di mana-mana…

Wajahku biasa saja….
Fizikalku hanya lemah…
Namun aku mampu mengawal kuasa
Dunia….

Aku juga mampu merubah tingkah laku bahkan juga sifat manusia. Kerana manusia memuja aku…

Ramai orang yang berubah keperibadian dan perilakunya… Mengkhianati teman… Memusuhi keluarga… Menjual tubuh… Bahkan ada yang meninggalkan agama dan keyakinannya… Demi aku….!!!

Aku tidak kenal beza antara orang baik dan orang jahat….
Tapi manusia yang memakai aku menjadi penanda aras insan dan kemewahan…

Aku bukan iblis… Tapi sering orang melakukan kekejian… Demi aku…!!!

Aku juga bukan orang ketiga… Tapi ramai suami isteri terpisah… Gara-gara aku… Kakak dan adik beradu dan saling benci… kerana aku… Anak dan orang tua berselisih… Gara-gara Aku…!!!

Sangat jelas juga aku bukan Tuhan… Tapi manusia menyembahku seperti Tuhan… Bahkan kerapkali anak manusia Lebih menghormatiku dari Tuhannya… Padahal Tuhan sudah berpesan jangan di perhamba oleh wang…

Seharusnya aku melayani manusia… Menjadi hamba manusia… Tapi kenapa manusia pula yang mahu jadi
hamba aku…???

Aku tidak pernah mengorbankan diriku untuk sesiapapun… Tapi ramai orang yang rela mati demi aku…

Perlu diingat…

Aku hanya mampu menjadi alat bayar ramuan ubat anda… Tapi aku tidak mampu memanjangkan hidup anda…!!!

Kalau suatu hari nanti anda di panggil Malaikat, Aku tidak akan dapat menemani anda… Apalagi jika ingin menjadi penebus dosa-dosa anda… Aku takkan mampu…

Anda harus menghadapi sendiri berjumpa SANG PENCIPTA lalu menerima
Pengadilan’NYA…!!!

Saat itu, pasti akan dihitung
ADAKAH SELAMA HIDUP ANDA TELAH MENGUNAKAN AKU DENGAN BAIK… ATAU TELAH MENJADIKAN AKU
SEBAGAI TUHAN…???

Sekali lagi pesananku…
Aku tiada di syurga nanti…
Jadi… jangan cari aku di sana ya..

# pesanku :
1. Jangan terlalu sayang dengan aku…!!
2. Gunakan aku untuk bekal kematian
Dengan banyak bersedekah ,membantu orang-orang yang
perlu dibantu, jangan lupa banyak
Berdoa serta bersujud
Kepada TUHAN…
Dan yang utama berbahagilah agar aku
jadi Berkah di dunia dan di
Akhirat kelak…!!! ???

Ya ALLAH…
✔ Muliakanlah orang yang membaca dan share status ini
✔ Ringankanlah kakinya untuk melangkah ke masjid
✔ Lapangkanlah hatinya
✔ Bahagiakanlah keluarganya
✔ Luaskan rezekinya seluas lautan
✔ Mudahkan segala urusannya
✔ Kabulkan cita-citanya
✔ Jauhkan dari segala Musibah
✔ Jauhkan dari segala Penyakit, Fitnah, Prasangka Keji, Berkata Kasar dan Mungkar.
✔ Dan dekatkanlah jodohnya untuk orang yang
membaca dan membagikan status ini.

Aamiin ya Rabbal’alamin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *