Blog

NASIHAT YANG BERMAKNA UNTUK USAHAWAN MUDA DARI SI TOKANG KEBON..

Posted

NASIHAT SI TOKANG KEBON UNTUK USAHAWAN MUDA

Ni SI TOKANG KEBON ada sedikit nasihat untuk MARKETING@USAHAWAN muda. USAHAWAN muda ini yang saya ketagori adalah mereka yang baru BERJINAK2 dlm dunia marketing . Kalau dah lebih 10 tahun kira dah otailah walaupun sebenarnya belum berbisa. Kalau dah lebih 20 tahun SI TOKANG KEBON kira sudah berbisa kerana mereka boleh survive didalam bidang ini. Tidak ramai MARKETING@USAHAWAN yang boleh bertahan akibat pelbagai isu. Antara nasihat SI TOKANG KEBON adalah…

 

1) Jangan terlampau taksub hendak memenangi sesuatu JUALAN sehingga menekan MARKETING lawan anda. Lawan secara adil dan gentleman. Kita semua manusia biasa, adalah kekurangannya, dan jangan mengambil kesempatan sehingga menyebabkan lawan kita terasa terhina dan menyampah dengan kita. Ingatlah mungkin hari ini hari anda besok-besok mungkin hari dia. Give and take.

 

2) Jangan terlampau taksub dengan PELANGGAN kita. PELANGGAN datang dan pergi, namun rakan MARKETING akan berada dikitaran kehidupan seharian kita. Buat keputusan yang munasabah apabila berhadapan sesuatu isu. Jangan asyik- asyik cakap “I’v to get my clients instruction”, “I kena tanya PELANGGAN dululah”… dan seumpamanya. Ya betul, kita bertindak atas KEMAHUAN PELANGGAN namun bukan semua PELANGGAN yang fikirkan contohnya isu GERAN BERSAMA@INDIVIDU@SEBAGAINYA. Kebiasaanya yang bagi alasan ini adalah kerana saja hendak menyusahkan lawan mereka, padahal, mereka boleh saja bersetuju atas isu-isu yang berbangkit. Jenis MARKETING macam ni ingatlah, suatu hari nanti anda akan berada dipihak yang ditekan sebagaimana anda menekan lawan anda. Dunia ini bulat dan berpusing, akan tiba nasib kita nanti.

 

3) Bila jadi USAHAWAN@MARKETING, jangan fikir nak kaya. Kalau nak kaya pergi ceburi bidang GANDA WANG ANDA. Bidang MARKETING adalah satu bidang yang dihormati dan dipandang tinggi bukan kerana anda kaya tetapi kerana anda adalah seorang yang dianggap berilmu dan dipercayai masyarakat.

 

4) Sentiasalah merendah diri dan hormat menghormati sesama rakan MARKETING . Anda rasa anda hebat, ramai lagi yang lebih hebat. Jangan merasa diri itu hebat bak kata orang syok sendiri.

 

Oklah itu jer dulu, lain kali sambung lagi…

 

#SITOKANGKEBON

#IMPIANITUBUKANSEKADARBICARA

#SILATURRAHIMMENJEMPUTREZEKI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *