Blog

Bisnes di Depan VS Bisnes di Belakang

Bisnes di Depan vs Bisnes di Belakang

Banyak bisnes menjalankan 2 bisnes serentak.

Bisnes yang di depan, semua orang dapat tengok. Bisnes yang di belakang, orang tak nampak.

Dalam banyak kes, bisnes di depan macam tidak aktif, macam tidak menguntungkan.

Kita tidak tahu, bisnes yang sebenarnya membuat untung besar adalah bisnes yang di belakang, yang kita tidak nampak.
.

Contoh yang biasa adalah dalam kes kedai buku. Kedai-kedai buku bukan hanya membuat duit daripada jualan buku di dalam kedai.

Kedai-kedai buku mempunyai bisnes lain di belakang. Mereka mempunyai lesen kontraktor membekalkan buku dan alat tulis kepada perpustakaan, sekolah-sekolah, kilang-kilang, dan pejabat-pejabat.

Kedai makan pun mempunyai bisnes di belakang. Lazimnya mereka mempunyai bisnes katering.

Nurseri bunga dan pokok taman pun macam itu juga.
.
Untuk menjadi pakar teori pergi belajar disekolah..
Untuk menjadi pakar praktikal gi kutip dijalanan???
Berbagai bisnes didalam suatu masa hanya dihujung jari..

Pelajari n fahami erti logika n hakikat…

#sitokangkebon
#hidupinibelajar
#bisnesitumemberitahu
#kajijangankeji
#impianITUbukansekadarbicara
#silaturrahimmenjemputrezeki

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *