Blog

Gagal Dalam Berniaga Kerana Memikirkan Wang Ringgit

Posted

Kegagalan Seseorang Dalam Membina Perniagaan Kerana Terlalu Memikirkan Wang Ringgit!!!

Salah satu perkara penting yang diperlukan dalam semua bisnes ialah MODAL.
.
Modal ini boleh datang dalam banyak bentuk termasuk modal nama baik, kemahiran, kepakaran dan wang.
.
Modal membawa maksud wang atau harta benda yang digunakan sebagai dasar atau asas untuk berniaga.
.
.
Modal berbentuk wang diperolehi daripada banyak cara :-
.
#1 Wang simpanan sendiri
#2 Wang hasil jualan aset
#3 Pinjaman daripada ahli keluarga
#4 Pinjaman daripada bank dan institusi kewangan atau ejensi
.
Fokus penulisan ini adalah modal tanpa melibatkan diri dalam risiko pinjaman.
.
Tidak semua orang mempunyai wang simpanan yang besar selagi belum mencapai usia tertentu dengan kerjaya dan gaji yang tinggi.
.
Maka, pada kebanyakan masa dinasihatkan agar bisnes dimulakan dengan apa yang ada ditangan.
.
Sebagai contoh dalam konteks bisnes tadika dan pendidikan, modal awal paling minima ialah modal pemasaran dan sewaan premis.
.
Oleh itu, modal wang sememangnya diperlukan dalam proses membuka bisnes tadika.
.
Persediaan memulakan bisnes memerlukan pendiri bisnes merancang cara dan keperluan mendapatkan modal tanpa pinjaman yang membebankan.
.
Salah satu perkara yang dibolehkan adalah membawa masuk pelabur dengan menawarkan saham dalam syarikat.
.
Sebenarnya modal wang ringgit adalah perkara yg paling akhir dlm perniagaan..
Fahami dan belajar Modal sebenar dlm perniagaan…

#sitokangkebon
#citerjer
#kajijangankeji
#impianITUbukansekadarbicara
#silaturrahimmenjemputrezeki

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *