Blog

Cara Terbaik Berunding Dalam Bisnes

Posted

 

 

 

 

BERUNDING DALAM BISNES

 

Apabila berunding dalam bisnes, sangat penting kita desain hasil perundingan yang mendorong pihak sana berasa yakin bahawa mereka mendapat lebih banyak keuntungan daripada yang mereka harapkan.

Sebagai contoh, jika mereka mengharapkan akan menerima keuntungan RM1k, tetapi dalam perundingan itu mereka menerima RM1,250, maka mereka akan berasa sangat puas hati.

Pihak yang puas hati akan mahu terus berurusan dengan kita.Itulah yang mendorong mereka mahu berunding dan berunding lagi dengan syarikat kita.

Perundingan pertama tidak semestinya menguntungkan kita. Asalkan kita tidak rugi, itu sudah memadai.

Malah ada masanya kita sengaja sanggup rugi dalam perundingan pertama.

Perundingan pertama mempunyai peranan diplomatik yang sangat penting dalam bisnes.

Dengan mengalah dalam perundingan pertama, kita mahu menjalin hubungan baik dengan pihak sana.

Kita mahu meletakkan batu asas kerjasama bisnes yang kukuh

Kita usahakan supaya kita dapat mula membuat untung pada perundingan kedua, ketiga dan seterusnya….

 

#sitokangkebon
#kuasanego
#bukancariuntungtapisapenakrugi
#impianITUbukansekadarbicara
#kajijangankeji
#silaturrahimmenjemputrezeki

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *