
5 Cara Memaksimumkan Keuntungan Hartanah Anda
1.Sewakan bilik
Elakkan dari menyewakan sebuah rumah terus kepada penyewa, sebaliknya sewakan bilik. Dari sudut pemasaran, penyewa akan merasa harga yang anda tawarkan jauh lebih murah dari tuan rumah yang lain.
Walaupun mungkin agak sukar untuk anda memantau setiap penyewa yang pelbagai ragamnya namun pulangannya sangat berbaloi.

2. Tetapkan tempoh bayar sewa
Runding dengan penyewa agar mereka bersetuju untuk bayar sewa 6 bulan atau setahun sekali gus. Nak untung lebih sewakan mengikut hari.
Cuba keluar dari norma bahawa sewa perlu dibayar setiap awal bulan. Jika anda ingin sewakan rumah kepada pelajar, mungkin boleh tetapkan bahawa mereka perlu membayar sewa sepanjang tempoh pengajian sekali gus.

3. Maksimumkan waktu sewaan
Mungkin anda ada penyewa yang menyewa ruang pejabat atau rumah anda pada waktu pejabat. Apa kata cari penyewa lain selepas waktu pejabat?
Dengan cara ini anda double-kan income cuma pastikan anda meletak peraturan yang jelas kepada penyewa-penyewa untuk mengelakkan perkara yang tidak diingini.
4. Beri kelonggaran kepada penyewa
Sekiranya anda mempunyai sebuah unit apartment dan ada penyewa berminat untuk menyewa bagi tujuan dijadikan pejabat atau kegunaan komersial lain, beri keizinan.
Selagi tujuan penyewa tidak melanggar apa-apa undang-undang, tidak salah rasanya anda sedikit fleksibel.

5. Tempah khas perabot bermutu
Walaupun kedengaran agak remeh, percayalah pasti ramai yang tertarik jika anda mempunyai perabot bermutu yang ditempah khas di rumah sewa anda.
Beri kelainan dari segi deko kepada rumah anda untuk menarik minat bakal penyewa. Pasti penyewa akan faham mengapa harga sewa yang anda tetapkan sedikit mahal.

Sekarang dah tahu cara nak memaksimumkan keuntungan hartanah anda bolehlah mula rangka strategi untuk tahun 2018 ni. Bak kata Winston Churchill;
“He who fails to plan is planning to fail.”
sumber :hartabumi