Blog

Kelebihan Berniaga

Dalam perniagaan terdapat banyak unsur-unsur kebaikan dan manfaat kepada umat Islam jika dilaksana berlandaskan syariat Islam. Di antara kebaikan-kebaikannya ialah :
  • Dapat menjalinkan hubungan silaturahim dari kalangan rakan-rakan peniaga, pembekal-pembekal, dan para pelanggan.
  • Dapat memberi khidmat dan bakti secara langsung kepada masyarakat.
  • Terdapat unsur-unsur kerjasama dan peluang serta keperluan untuk bekerjasama di antara peniaga, pembekal dan pelanggan.
  • Ada sikap tolak ansur, iaitu satu sifat terpuji yang sangat dianjurkan oleh Islam.
  • Membantu dan memudahkan umat Islam mengurus dan mendapatkan keperluan hidup terutama barang makanan dan minuman yang halal sangat dipandang tinggi dan dituntut dalam islam.
  • Dapat menyelamatkan barang keluaran umat Islam sama ada hasil pertanian, hasil ternakan dan lain-lain dengan mengumpul dan memasarkannya. Sekiranya tiada usaha begini akan menyebabkan barangan itu rosak dan terbuang seterusnya timbul pembaziran sangat dilarang. Menjauhi dan mengelak pembaziran adalah satu kewajipan.
  • Dapat meperoleh banyak ilmu dan pengalaman melalui perniagaan sama ada di bidang pengurusan, perakaunan, produk sehinggalah mengenali cara hidup dan masalah manusia dan lain-lain lagi. Mencari ilmu dan pengalaman seperti ini sangat dituntut oleh Islam.
  • Berlatih untuk bersabar dan berlapang dada dalam menghadapi pelbagai kerenah manusia. Orang yang sabar akan diberi pahala oleh Tuhan tanpa hisab.
  • Berniaga adalah salah satu cara untuk memaju dan meningkatkan ekonomi umat Islam. Ia merupakan tanggungjawab manusia sebagai khalifah Tuhan di muka bumi ; supaya mereka dapat melihat kebesaran Tuhan, serta dapat dibesarkan dan dinikmati segala nikmat dan anugerah-Nya agar manusia boleh bersyukur dan mendapat pahala pula diatas kesyukuran mereka itu.
  • Berpeluang mengeluarkan zakat perniagaan. Dengan itu salah satu rukun Islam dapat ditunaikan dan mewujudkan salah satu sumber atau saluran untuk membantu fakir miskin dan golongan yang memerlukan.
  • Perniagaan mewujudkan peluang pekerjaan untuk manusia sebagai sumber mencari rezeki. Sekali gus tenaganya dapat dimanfaatkan oleh orang lain. Ertinya, dengan adanya perniagaan, tenaga manusia tidak dibazirkan dan manusia itu boleh jadi produktif dengan mengeluarkan hasil untuk faedah manusia lain.

Jelas sekali melalui perniagaan banyak syariat Islam dapat ditegakkan. Apabila pelbagai aspek dalam Islam dapat kita bangunkan maka banyaklah ibadah kita. Oleh itu, tidak hairan lah Islam menganggap orang yang berniaga secara jujur dan menepati kehendak-kehendak syariat itu sebagai orang yang berjihad fisabilillah. Perniagaan juga dianggap pekerjaan yang paling baik dalam Islam kerana kebaikan yang diperolehi oleh masyarakat hasil dari perniagaan adalah terlalu banyak.

Sumber : KejarTauhid

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *