
1. Ilmu pengetahuan dapat menjamin masa hadapan seseorang – menjamin masa hadapan yang cemerlang – jika seseorang berusaha bersungguh-sungguh, mereka akan memperoleh ilmu yang dipelajari kerana usaha tangga kejayaan – mereka boleh menimba ilmu pengetahuan daripada guru yang mengajar mata pelajaran sejarah di sekolah – dapat mengetahui sejarah kejayaan seseorang tokoh – akan menjadikan tokoh tersebut sebagai idola dalam usaha mencapai cita-cita 2. Seseorang akan mengetahui pelbagai bidang ilmu – boleh mendapat ilmu dalam pelbagai bidang melalui mata pelajaran yang dipelajari di sekolah seperti sains, matematik, perdagangan, ekonomi dan sastera – ilmu yang diperoleh boleh diamalkan dalam kehidupan seharian mereka – seseorang akan berjaya jika mereka boleh menguasai ilmu pelbagai bidang yang dipelajari 3. Seseorang mampu menyelesaikan masalah – dalam menjalani kehidupan seharian kita akan mengalami pelbagai masalah – sentiasa berfikir secara positif atau optimis tentang sesuatu masalah dan tidak berfikir secara pesimis dan mudah pula berputus asa – memiliki ilmu pengetahuan kerana ilmu pelita hidup – penerang kegelapan – ilmu agama yang tinggi dapat menyelesaikan masalah tanpa tindakan yang terburu-buru – kemahiran menyelesaikan masalah dengan berkesan boleh dikuasai 4. Ilmu pengetahuan mampu melahirkan insan bermoral – boleh menjadi insan yang memiliki sahsiah terpuji – kita akan mendapat panduan yang baik melalui ilmu pengetahuan yang dimiliki – seseorang yang berilmu akan dapat memanfaatkan nilai-nilai murni yang dipelajari dalam kehidupan seharian – nilai saling menghormati, bertanggungjawab, bertimbang rasa dan menghargai – akan menjadi insan yang berakhlak mulia jika kita berilmu pengetahuan 5. boleh mencipta inovasi baharu dalam pelbagai bidang kehidupan manusia hari ini – akan memberikan kemudahan kepada kehidupan seharian manusia – seperti telefon bimbit, komputer riba dan pelbagai alat canggih yang lain – memerlukan ilmu dan kemahiran yang tinggi dalam teknologi 6. dapat memajukan diri dan negaranya sendiri – untuk mendepani pelbagai cabaran, negara kita memerlukan pemimpin yang berilmu pengetahuan tinggi – pemimpin yang berilmu akan membawa perubahan yang positif untuk kemajuan rakyat dan negara – hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih – para pemimpin perlu menguasai pelbagai ilmu terutamanya ilmu teknologi maklumat dan komunikasi Sumber : my blog |