Sape Nak Tahu Cara Mudah Untuk Di Murahkan Rezeki Kita?Jom Kita Amalkan..Semoga Menjadi Manfaat Kepada Kita Semua

Posted Leave a commentPosted in Blog
amalan untuk murah rezeki

Masalah kewangan perkara yang biasa dialami oleh kebanyakkan manusia. Kami ada kongsikan tips bagaimana pengurusan kewangan jika anda memerlukan.

Tapi faktor luaran sahaja tidak cukup, kita memerlukan juga faktor dalaman supaya kita dimurahkan rezeki oleh Allah.

Kami akan cuba untuk kongsikan amalan untuk murah rezeki supaya kita dapat amalkan bersama-sama.

Tapi anda perlu ingat amalan ini hanyalah sebagai salah satu usaha kita dan kita kena yakin rezeki itu datangnya daripada Allah.

14 Amalan Untuk Murah Rezeki

#1 Memperbanyakkan Beristighfar

Nabi Nuh berkata kepada kaumnya,

Firman Allah SWT maksudnya : 

“Mohonlah ampun kepada Rabb kalian, sesungguhnya Dia adalah Maha Pengampun, nescaya Dia akan mengirimkan hujan kepadamu dengan lebat (melimpah ruah membawa kebaikan), dan membanyakkan harta dan anak-anakmu, dan mengadakan untukmu kebun-kebun dan mengadakan (pula di dalamnya) untukmu sungai-sungai (yang penuh dengan kebaikan dan manfaat).”
(Surah Nuh ayat 10 – 12)

Sabda Nabi S.A.W,

“Barangsiapa memperbanyak istighfar maka Allah akan menghapuskan segala kedukaannya, menyelesaikan segala masalahnya dan memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka-sangka.
(Riwayat Ahmad, Abu Daud, an-Nasa’i, Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abdullah bin Abbas r.a)

#2 Ibadah Kepada Allah Tidak Ditinggalkan

Pastikan solat 5 waktu tidak ditinggalkan dan disempurnakan sebaiknya. Jika mampu berjemaah secara konsisten di masjid.

Firman Allah SWT dalam hadis qudsi yang maksudnya :

“Wahai anak Adam, sempatkanlah untuk menyembahku nescaya aku membuat hatimu kaya dan menutup kefakiranmu”.
(Hadis Riwayat Ahmad, Tirmizi, Ibnu Majah, dan al-Hakim dari Abu Hurairah r.a)

8-tips-menjauhi maksiat

#3 Hindari Dosa

Ini amalan untuk murah rezeki yang kita perlu ingat sentiasa. Beristighfar sahaja tidak mencukupi bahkan kita kena jauhi segala dosa dan maksiat daripada diri kita.

Nabi SAW bersabda maksudnya :

“Tidak bertambah umur seseorang kecuali jika dia melakukan kebaikan, dan tidak akan ditolak qadar Allah (iaitu qadar al-Mu’allaq) kecuali melalui doa, dan sesungguhnya seseorang itu ditahan rezekinya disebabkan dosa-dosa yang sentiasa dilakukannya”
( Hadis Riwayat Ibn Majah, Ahmad Hadis Hasan)

#4 Berbuat Baik Dan Sentiasa Mendoakan Ibu Bapa

Janganlah hanya kerana kita dalam kesempitan baru terdetik dalam hati untuk berbakti kepada kedua ibu bapa kita.

Ingat mereka adalah ibu ayah kita yang telah banyak membesarkan kita maka berdoalah agar diberikan kebaikan kepada diri mereka.

Sabda Rasulullah SAW lagi yang bermaksud :

“Apabila hamba itu meninggalkan berdoa kepada kedua orang tuanya nescaya terputuslah rezeki (Allah ) daripadanya.”
(Riwayat al-Hakim dan ad-Dailami)

#5 Doa Murah Rezeki Sepertimana Yang Dibaca Oleh Rasulullah Kepada Anas Bin Malik

اَللَّهُمَّ أَكْثِرْ مَالَهُ وَوَلَدَهُ ووالسع له في داره وَبَارِكْ لَهُ فيما اعطيته واحسن اعماله والغفرله

Maksudnya: Ya Allah, perbanyakkanlah hartanya dan anak-anak-anaknya dan luaskanlah rumahnya dan berkatilah apa yg telah engkau kurniakan kepadanya dan perbaikilah amalannya dan ampunkan untuknya.

Jika anda mahu baca doa ini pada diri anda sendiri atau kepada perempuan sila gantikan dhomir yang bersesuaian.

cara menjadi kaya dengan sedekah

#6 Banyakkan Bersedekah

Amalan bersedekah ini merupakan antara keajaiban yang Allah berikan kepada mereka yang bersedekah. Mereka yang bersedekah harta mereka tidak berkurangan bahkan harta mereka semakin bertambah.


Tetapi ikhlaskan niat kita sewaktu hendak menghulurkan sedekah, jangan kita mengharapkan apa-apa balasan.


Mungkin kita merasakan harta kita tidak bertambah tetapi sekurang-kurangnya amalan ini menyebabkan kita rasa kaya dalam jiwa kita.

“Perumpamaan (nafkah yang dikeluarkan oleh) orang-orang yang menafkahkan hartanya di jalan Allah adalah serupa dengan sebutir benih yang menumbuhkan tujuh bulir, pada tiap-tiap bulir seratus biji. Allah melipat gandakan (ganjaran) bagi siapa yang Dia kehendaki. dan Allah Maha Luas (karunia-Nya) lagi Maha mengetahui.”
(Al Baqarah: 261)

 #7 Membantu Mereka Yang Lemah

Bantulah mereka yang lebih lemah daripada kita seperti orang sakit, fakir miskin, orang kurang upaya, orang tua dan lain-lain lagi. Ini kerana sabda nabi yang berbunyi

“Tidaklah kamu diberi pertolongan dan diberi rezeki melainkan kerana orang-orang lemah di kalangan kamu.”
(Hadis Riwayat Bukhari)

Nabi SAW bersabda maksudnya

“Carilah untukku orang-orang lemah kerana hanya kita diberi rezeki dan dibantu sebab orang-orang lemah dari kalangan kamu.”
(Hadis Riwayat Ahmad, Muslim, Ibnu Hibban, Al Hakim)

amalan-untuk-murah-rezeki-1
kredit

#8 Memudahkan Urusan Orang Lain Atau Menunaikan Hajat Mereka

Apabila kita memudahkan urusan orang lain insyallah Allah akan mudahkan pula urusan kita, dan apabila kita menunaikan hajat orang lain insyallah akan akan kabulkan pula hajat kita. Sabda Rasulullah yang bermaksud

“Siapa yang menunaikan hajat saudaranya maka Allah akan menunaikan hajatnya…”
(Hadis Riwayat Muslim)

#9 Mempertautkan Silaturahim Sesama Manusia

Bagi mereka yang berniaga istilah networking sesama peniaga lain sudah tidak asing lagi. Semakin besar networking kita semakin besar juga peluang-peluang perniagaan dapat diwujudkan.

Nabi SAW bersabda

“Barang siapa ingin dilapangkan rezekinya dan dilambatkan ajalnya maka hendaklah dia menghubungi sanak-saudaranya (menjalini silaturahim)”
(Hadis Riwayat Bukhari)

#10 Muliakan Tetamu Yang Bertandang

Apabila ada tetamu yang berhajat untuk datang menziarahi kita alu-alukanlah mereka. Dan muliakanlah mereka apabila mereka sudah hadir dan berikan layanan sebaik mungkin.

Nabi SAW berwasiat kepada Saidina Ali,

“Wahai Ali ! Anjurkanlah berbuat baik kepada mereka yang sedang ceria wajahnya. Dan hormatilah tetamu sebab rezeki tetamu yang singgah kerumah sesaorang pun ikut singgah di situ.

Dan kalau ia meninggalkan rumah itu, dosa penghuni rumah itu lenyap bersama kepergian tetamu tersebut. Lalu terhapuslah dosa-dosa itu jauh ditengah lautan.”

solat dhuha untuk dimurahkan rezeki
kredit

#11 Solat Dhuha

Apabila bercakap tentang amalan untuk murah rezeki mesti orang akan sentiasa berpesan untuk melazimi solat dhuha. Firman Allah SWT dalam hadis qudsi,

“Wahai anak Adam, jangan sekali-kali engkau malas mengerjakan empat rakaat pada waktu permulaan siang (solat Duha), nanti pasti akan Aku cukupkan keperluanmu pada petang harinya.”
(Hadis Riwayat al-Hakim dan Thabrani)

#12 Sentiasa Bersyukur

Bersyukur apabila kita mendapat rezeki dan nikmat bukanlah perkara mudah kerana kita lebih mudah mengingati Allah apabila dalam kesusahan.

Firman Allah SWT,

“Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur, nescaya Aku tambahi nikmat-Ku kepadamu, dan demi sesungguhnya jika kamu kufur, sesungguhnya azab-Ku amat keras.”
(Surah Ibrahim ayat 7)

tidak berputus asa dengan Allah
kredit

#13 Tidak Putus Berdoa Kepada Allah

Tidak kira sesempit mana keadaan kita jangalah berputus asa berdoa kepada Allah.

Kadangkala Allah sengaja melambatkan doa kita dikabulkan sebab dia nak tengok sejauh mana kesungguhan kita dan Allah juga suka mendengar doa daripada hambaNya.

Pada suatu hari Rasulullah SAW masuk ke masjid lalu terserempak seorang yang dipanggil Abu Umamah. Rasulullah SAW bersabda kepadanya:

“Wahai Abu Umamah, aku lihat engkau duduk di masjid bukan pada waktu solat, kenapa?” 

Jawab Abu Umamah: “Dukacita dan hutang menyelubungiku, wahai Rasulullah!” 

Jawab Rasulullah: “Mahukah kamu aku ajarkan suatu bacaan jika kamu membacanya Allah akan menghilangkan rasa dukacitamu dan melangsaikan hutangmu.” 

Abu Umamah menjawab: “Ya, wahai Rasulullah.” 

Baginda bersabda: “Apabila tiba waktu pagi dan petang bacalah:

“Ya Allah, aku berlindung denganMu daripada dukacita dan rasa sedih; aku berlindung denganMu daripada lemah dan malas; aku berlindung denganMu daripada sifat pengecut dan bakhil; dan aku berlindung denganMu daripada bebanan hutang dan penindasan orang.”

Kata Abu Umamah: “Aku membaca doa tersebut, lalu Allah menghilangkan rasa dukacitaku dan melangsaikan hutangku.” 

(Hadis Riwayat Abu Daud daripada Abu Said al-Khudri)

#14 Bertawakal Kepada Allah

Amalan untuk murah rezeki yang terakhir selepas kita penat berusaha adalah dengan menyerahkan segala-galanya kepada Allah. Firman Allah,

“Barang siapa bertawakal kepada Allah , nescaya Allah mencukupkan (keperluannya).”
(Surah At-Thalaq ayat 3)

Penutup

Pesanan kami kesemua amalan ini perlu diiringi dengan usaha yang bersungguh-sungguh.

Tidak bermakna bila kita dah amalkan maka kita boleh sambil lewa sahaja dalam pekerjaan kita. Dan kita perlu faham rezeki itu bukan dalam bentuk wang sahaja

Itu sahaja perkongsian daripada kami tentang amalan untuk dimurahkan rezeki.

Sekiranya anda merasakan artikel amalan untuk murah rezeki ini boleh ditambah baik maka tinggalkanlah komen anda dibawah.

Kredit :
quranicgen.com

7 Tips Positifkan Diri Ketika Berdepan Dengan Ujian Hidup

Posted Leave a commentPosted in Blog

Setiap manusia yang hidup di muka bumi Allah ini tidak akan terlepas dari ujian-Nya, walaupun anda seorang yang kaya, berharta, mempunyai pangaruh yang kuat, berwajah cantik mahupun berbadan sasa.

Semuanya akan diuji. Namun, Allah itu Maha Adil dan Maha Mengetahui.

Setiap orang diuji oleh Allah berbeza-beza mengikut tahap kemampuannya kerana Allah juga sudah menjelaskan bahawa Dia tidak akan sekali-kali menguji hamba-Nya diluar kemampuan hamba-Nya.

“ Allah tidak membebani seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya, ia mendapat pahala kebajikan yang diusahakannya dan ia juga menanggung dosa kejahatan yang dilakukannya…”

(Surah Al-Baqarah: 286)

Mari sama-sama kita baca artikel di bawah untuk ketahui tips hadapi ujian hidup.

Apa – apa pun perkara yang menimpa diri kita, insyaallah akan menjadi kebaikan kalau dihadapi dengan sikap positif.

Ketika ini, terasa betapa kehidupan adalah sangat berat.

Kenaikan harga barang, bencana tanah runtuh, persengkataan politik, dan memuncaknya jenayah telah menjadi warna dominan didalam media cetak mahupun elektronik.

Tips Untuk Menghadapi Ujian Hidup Dalam Islam

Saya ingin berkongsi dengan sahabat – sahabat semua tips untuk menghadapi ujian hidup yang dianjurkan oleh agama Islam. Sebenarnya, paling tidak, ada tujuh tips untuk  menghadapi pelbagai ujian hidup, iaitu :

1. Ujian Itu Ekspresi Cinta Allah

Yakinlah bahawa ujian itu merupakan ekspresi cinta Allah pada hamba-Nya.

Allah SWT memberikan cubaan agar kita menjadi lebih dewasa dan matang dalam mengharungi kehidupan.

Abu Hurairah r.a. berkata, bahawa Rasulullah bersabda, “Barang siapa yang dikehendaki Allah menjadi orang yang baik maka dia akan diberi-Nya cubaan.”

(Hadis Riwayat Bukhari)

2. Semakin Besar Ujian, Semakin Besar Pahala

Yakinlah bahawa semakin besar dan banyak cubaan yang Allah turunkan kepada kita, makin besar pula pahala dan sayang Allah yang akan dilimpahkan kepada kita. Dengan syarat, kita dapat menyelesaikan setiap ujian hidup itu secara baik.

Anas r.a. berkata: Nabi SAW. bersabda,

“Sesungguhnya besarnya pahala itu tergantung pada besarnya cubaan. Sesungguhnya apabila Allah Ta’ala itu mencintai suatu kaum maka Dia mengujinya.

Barang siapa yang rela menerimanya, dia mendapat keredhaan Allah, dan barang siapa yang murka, maka dia pun mendapat kemurkaan Allah.”

(Hadis Riwayat Tirmidzi)

3. Ujian Menghapuskan Dosa

Yakinlah bahawa ujian itu akan menghapuskan dosa-dosa yang pernah kita kerjakan.

Abu Said dan Abu Hurairah r.a. meriwayatkan bahawa Nabi SAW. bersabda:

“Seorang muslim yang ditimpa penderitaan, kegundahan, kesedihan, kesakitan, gangguan, dan kerisauan, bahkan hanya terkena duri sekalipun, semuanya itu merupakan kafarat (penebus) dari dosa-dosanya.”

(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

4. Ujian Membawa Kebaikan

Selalulah untuk berfikir positif bahawa apa – apa pun yang menimpa diri kita akan menjadi kebaikan.

Abu Yahya Shuhaib bin Sinan r.a. berkata, bahawa Rasulullah SAW bersabda:

“Sungguh menakjubkan sikap seorang mukmin itu, segala keadaan dianggapnya baik dan hal ini tidak akan terjadi kecuali bagi seorang mukmin. Apabila mendapatkan kesenangan, dia bersyukur, maka itu lebih baik baginya, dan apabila ditimpa penderitaan, dia bersabar, maka itu lebih baik baginya.”

(Hadis Riwayat Muslim)

5. Setelah Kesulitan, Ada Kemudahan

Yakinlah bahawa setelah kita ditimpa kesulitan, maka akan ada kemudahan.

Fakta menunjukkan bahawa  idea – idea yang hebat sering muncul ketika kita berada di puncak kesulitan.

Contohnya, banyak mahasiswa dapat mengarang jawapan walaupun pada saat menghadapi soalan peperiksaan yang sukar. ( Saya sering mengalaminya ketika peperiksaan akhir semester).

“Kerana sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan.”

(Surah Al-Insyirah: 5- 6)

6. Ujian Diberikan Sesuai Dengan Kemampuan

Selalu optimistik bahawa kita boleh menyelesaikan setiap ujian hidup yang Allah berikan, kerana Allah tidak akan memberikan ujian hidup di luar kemampuan hamba-Nya

Optimis dapat  melahirkan tenaga yang tersembunyi dalam diri kita, kerana itu optimis boleh menjadi bahan bakar untuk menyelesaikan segala persoalan.

Allah tidak akan membebani seseorang melainkan sesuai dengan  hambanya itu.

“Dia mendapat pahala (dari kebajikan) yang diusahakannya dan dia mendapat siksa (dari kejahatan) yang dikerjakannya.”

(Surah Al-Baqarah: 286)

7. Hadapi Dengan Usaha & Doa

Menghadapi ujian hidup dengan usaha dan doa.

Kerah segala ikhtiar untuk menyelesaikan ujian hidup dan follow-up usaha itu dengan doa.

“Maka apabila kamu telah selesai (dari suatu urusan), maka kerjakanlah dengan sungguh-sungguh (urusan) yang lain. Dan hanya kepada Tuhanmulah hendaknya kamu berharap.”

(Surah Al-Insyirah: 7 – 8).

“Berdoalah kepada-Ku, nescaya akan Aku kabulkan doamu.” (Surah Al-Mu’min: 60)

Itulah tujuh tips untuk menghadapi pelbagai ujian hidup.

Apa – apa pun perkara yang menimpa diri kita, Insyaallah ia akan menjadi kebaikan kalau dihadapi dengan sikap positif, optimistik, ikhtiar yang maksimum dan diikuti dengan doa.

Sesungguhnya pertolongan Allah akan turun kalau kita berada dipuncak ujian. Untuk itu, jadikanlah ujian hidup sebagai tangga untuk meraih pertolongan Allah SWT.

Kredit : Aku Islam / Nota Gembira

Justeru, tenanglah. Setiap hujan atau ribut yang mendatang, pasti akan muncul pelangi yang tidak pernah kita sangka. Dan percayalah suatu hari nanti kita akan rasa betapa bertuahnya diri kita.

Kita akan sedar betapa beruntungnya kita diuji sebegitu rupa. Cuma kita kena bangun dan teruskan hidup terlebih dahulu. Senyum ^^

Bagaimana Cara Untuk Meningkatkan Jualan Anda Secara Online Ataupun Secara Offline

Posted Leave a commentPosted in Blog
CARA MENINGKATKAN JUALAN ANDA!

Pekerjaan dalam bidang sales adalah satu pekerjaan yang mencabar. Setiap pesaing dalam pasaran sudah bijak mengatur langkah untuk membuat jualan yang hebat dan memberikan keuntungan yang berlipat kali ganda.

Menjual bukan sekadar membuat duit akan tetapi menjual adalah satu proses seni memujuk pelanggan untuk mengambil tindakan. Nak buat jualan dengan baik bukan satu perkara yang senang.

Kena ada banyak trial and error. Cara orang lain menjual mungkin belum tentu sesuai untuk kita gunakan dengan produk atau servis kita. Berikut adalah tip-tip untuk meningkatkan hasil jualan anda.

1-Fahami Misi Perniagaan Anda

Sebelum nak buat sales, sebelum nak mulakan bisnes lagi, anda kena faham betul-betul skop bisnes anda daripada A sampai Z. Apa kepakaran anda? Siapa yang perlukan anda? Apakah cara terbaik untuk mendekati pelanggan anda? Berapa banyak pelanggan anda sanggup berbelanja untuk produk anda?

Kalau anda menghadapi kesukaran untuk menjawab soalan-soalan ini, anda belum bersedia untuk membuat jualan. Sebenarnya anda belum bersedia untuk terjun ke dalam dunia bisnes.

Jika anda nekad untuk mula berjalan di jalan bisnes yang penuh dengan cabaran, kesusahan, kegagalan maka fikirkan dan fahamkan dulu misi dan visi perniagaan anda sebagai usahawan.

2-Pecahkan Misi Anda Pada Matlamat Yang Lebih Kecil

Setiap hari, setiap minggu, setiap bulan, setiap tahun hatta setiap 5 tahun dan 10 tahun perniagaan kita harus ada misi baru yang kita tetapkan.

Tulis matlamat kita setiap hari agar kita dapat mengawal pergerakan kita dan memusatkan pemikiran kita untuk mencapai matlamat kita.

Tulis secara lebih spesifik seperti berapa banyak perancangan, berapa banyak jualan, berapa banyak keuntungan dan kemudian ukur tahap pencapaian kita.

Dengan menulis matlamat kita setiap hari, kita boleh nampak sejauh mana perkembangan kita dan memperbaiki kelemahan kita.

3- Jual Ikut Keperluan Pelanggan

Selalu beranggapan yang pelanggan hanya akan beli perkara yang mereka perlukan. Bagaimana anda ingin yakinkan pelanggan anda yang mereka perlukan produk atau servis anda?

Sentiasa fokuskan pada kelebihan produk atau servis anda yang boleh mengurangkan kos perbelanjaan mereka atau menyelesaikan masalah pelanggan.

Mungkin produk anda kosnya agak mahal tetapi bahan yang digunakan tahan lama dan memberi keuntungan kepada pelanggan dalam jangka masa panjang. Sentiasa kreatif dalam mencari nilai tambah produk anda yang berguna untuk pelanggan semasa membuat jualan.

4- Cipta Dan Kekal Elemen Yang Pelanggan Sukai

Antara elemen yang membuatkan pelanggan suka dan setia dengan produk kita adalah strategi pemasaran yang berkesan, strategi jualan yang berkesan, dan soalan-soalan yang bernas kita lontarkan kepada pelanggan semasa berurusan.

Kenal pasti strategi mana satukah yang berkesan, disukai dan diingati pelanggan. Teruskan berbuat perkara yang sama dan kekalkan. Penambahbaikan hanya perlu untuk kesesuaian dan keperluan semasa mengikut kehendak pelanggan.

5- Jual Setiap Produk Atau Servis Dengan Tujuan

Setiap fasa dalam proses jualan ada tindakan yang tertentu yang perlu dirancang dan dilakukan. Ambil tahu siapa target pelanggan anda dan kenapa mereka yang anda pilih.

Apa yang anda akan bagi tahu mereka semasa membuat jualan dan kenapa? Kalau anda tidak tahu ayat apakah yang sesuai untuk digunakan semasa menjual, anda boleh perhatikan mereka-mereka yang menjual di perusahaan yang ternama ataupun anda boleh menghadiri kelas-kelas latihan untuk jualan.

6-Bina Sikap Yang Menawan Pelanggan

Sikap dan tingkah laku kita boleh dibentuk. Sekiranya anda tidak suka menjual dan berhadapan dengan orang ramai. Anda boleh belajar bagaiman nak mengatasi gemuruh atau rasa tidak selesa bila berhadapan dengan orang ramai.

Mungkin anda seorang introvert dan tidak gemar bercakap banyak apatah lagi nak memujuk pelanggan untuk membeli. Sikap kita adalah hak milik kita tetapi untuk menjual dengan hebat, kita harus membuat penyelarasan tingkah laku bergantung kepada keadaan.

Bersikap ramahlah semasa membuat jualan walaupun kita lebih suka diam agar kita membuatkan pelanggan berasa senang hati.

Bukanlah bermaksud kita hipokrit akan tetapi kita harus tahu untuk menyesuaikan diri mengikut situasi dan keperluan diri,pelanggan dan syarikat.

Sumber : www.majalahniaga.com / Pusat Zakat Pahang

Siapa yang Berusaha,Pasti Akan Berjaya..Yakin Dengan Rezeki ALLAH.Usaha,Berdoa,Tawakal

Posted Leave a commentPosted in Blog

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Usaha itu tangga kejayaan – Ungkapan yang sering kita dengar. Umpama menaiki tangga, tanpa usaha pasti tidak akan dapat mendaki untuk kepuncak yang tinggi. Selangkah demi selangkah kaki diangkat, perlukan kudrat dan tenaga. 

Semakin tinggi tangga didaki semakin terasa kepenatan dan keletihan, hanya yang tidak mengenal erti kalah dan tekad yang tinggi sahaja yang mampu sampai ke anak tangga terakhir. Andai terjatuh… terus berusaha melangkah semula tanpa mengenal erti putus asa dan kembali berdiri mengatur langkah bersama strategi baru disamping lebih berhati-hati agar tidak tergelincir lagi.

Sebagai seorang muslim, agama Islam sudah pasti menjadi pegangan. Al Quran dan  hadis menjadi panduan. Kita dapati banyak sekali ayat  Al Quran dan hadis yang menyarankan umatnya agar sentiasa berusaha untuk mencapai kejayaan sama ada di dunia dan juga di akhirat. 
Usaha dan amalanlah yang menjadi perkara yang  dinilai oleh Allah s.w.t sebagaimana firman-Nya dalam surah At Taubah ayat 105 yang bermaksud, dan katakanlah wahai Muhammad “Hendaklah kamu semua berusaha (beramal) kerana Allah akan melihat dan menilai apa yang kamu usahakan.” Dalam ayat yang lain Allah berfirman yang bermaksud : “Maka bertebarlah di muka bumi serta carilah rezeki daripada kurniaan Allah” Surah Al Jumuah ayat 10 .

Mendaki Tangga Kejayaan

Dalam menentukan usaha yang dilakukan agar tangga kejayaan dapat didaki hingga ke puncaknya, beberapa perkara perlu diambil perhatian dan dilaksanakan, diantaranya adalah :
1. DoaDoa mungkin dianggap perkara yang remeh bagi sesetengah orang tetapi bagi orang yang mengaku dirinya Islam, doa merupakan antara medium yang paling berkesan dalam menentukan arah tuju kehidupan . Boleh dikatakan setiap detik kehidupan seharian kita, pasti ada doa-doa yang tertentu. 

Sabda Rasulullah yang bermaksud “Doa itu merupakan ibu segala ibadat”, “Doa itu senjata orang yang beriman”“Qadha’yang ditentukan Allah tidak boleh diubah melainkan dengan doa” Berdoa juga merupakan simbol keakraban hubungan seseorang hamba dengan Penciptanya dan tanda memohon pertolongan daripada Allah SWT yang Maha Kuasa.

2. Tidak Mudah Berputus AsaSekali gagal tidak bermakna gagal untuk selama-lamanya, sebaliknya kita hendaklah menjadikan kegagalan itu sebagai pedoman dan iktibar untuk memperbaiki kelemahan yang ada seterusnya tekadkan usaha untuk mendaki semula tangga kejayaan yang diingini.

Andaikata kita membaca riwayat hidup tokoh-tokoh terkenal dunia kita akan dapati mereka juga menghadapi kegagalan pada permulaan usaha mereka, namun dengan usaha yang tidak mengenal erti putus asa mereka akhirnya beroleh kejayaan. Firman Allah dalam surah Yusuf ayat 87 yang bermaksud “Jangan kamu berputus asa dalam mencacri nikmat dan rahmat Allah kerana hanya orang kafir sahajalah yang akan berputus asa daripada rahmat Allah”

3. IstiqamahSalah satu faktor yang juga penting untuk menjayakan sesuatu usaha ialah istiqamah. Istiqamah membawa maksud tetap dan berterusan dalam melakukan sesuatu perkara . Orang yang istiqamah akan mempunyai disiplin diri yang tinggi yang juga merupakan faktor yang penting dalam mendaki tangga kejayaan.

Sebab itu Allah telah memerintahkan  RasulNya agar  beristiqamah dalam  menyampaikan dakwah sebagaimana firmanNya dalam Surah As Syura ayat 15 yang bermaksud “Maka serulah (mereka kepada agama Allah) dan tetaplah (Istiqamah) sebagaimana yang  diperintahkan kepadamu”

4. TawakalTawakal didefinisikan sebagai berserah kepada Allah dalam menentukan sesuatu perkara setelah dilakukan segala usaha dan ikhtiar untuk mendaki tangga kejayaan. Tawakal melambangkan penyerahan diri seorang hamba yang lemah kepada Penciptanya yang maha mengetahui dan Maha Berkuasa.

Sifat tawakal perlu dan penting kerana ianya akan menjadikan seseorang itu tenang dalam menghadapi dugaan dan cabaran disamping menjadikannya lebih tabah dan kental. Firman Allah dalam surah Al Maidah ayat 23 yang bermaksud “Hendaklah  kamu bertawakal kepada Allah sekiranya kamu orang yang beriman”, Dalam Ali Imran ayat 159 yang bermaksud “Sesungguhnya Allah menyukai orang yang bertawakal kepada Nya”.

5. IhsanIhsan sebagaimana yang dinyatakan oleh Rasululah dalam Hadis Jibril iaitu beribadat kepada Allah seolah-olah kita melihatnya dan sekiranya kita tidak melihatNya, sesungguhnya Allah sentiasa melihat dan memerhatikan kita. Dalam erti kata yang lain kita melakukan usaha yang terbaik yang dapat dilakukan untuk mendapat keredaan Allah.

Malangnya kita selalu mengabaikan sikap ihsan sedangkan kita perhatikan orang bukan Islam ada mengamalkan sifat ini dalam kehidupan mereka contohnya orang Jepun yang mana mereka mengamalkan “Kaizen” satu sikap yang membawa maksud yang hampir sama dengan ihsan yang dianjurkan oleh Islam.

6. SabarSabar juga aspek yang tidak kurang penting dalam membantu untuk mencapai kejayaan . Ini kerana kejayaan bukanlah sesuatu yang mudah untuk diperolehi sebaliknya untuk mendaki tangga kejayaan pelbagai halangan dan dugaan harus ditempuhi. Halangan dan dugaan ini dapat diatasi dengan adanya sifat sabar.

Dalam Al Quran terdapat lebih 70 tempat yang menceritakan tentang sabar, antaranya firman Allah dalam surah Al Qasas ayat 54 yang bermaksud “Mereka itu diberi pahala dua kali disebabkan kesabaran mereka”. Dalam Surah AzZUmar Ayat 10 yang bermaksud “Sesungguhnya hanya orang yang bersabarlah yang dicukupkan pahala mereka tanpa batasan”.

Firman Allah juga dalam surah Al Anfaal ayat 46 yang bermaksud “Bersabarlah kerana Allah bersama orang yang bersabar”. Tidak syak lagi orang yang Allah berada bersama dengan orang berusaha dengan sabar akan dapat mendaki tangga kejayaan.

7. Tidak bertangguh/ Menjaga masaMelakukan usaha dengan perancangan yang rapi tanpa membazirkan masa, tenaga dan wang ringgit adalah satu jaminan untuk mengecapi sesuatu kejayaan. Pepatah juga ada mengatakan masa itu emas. Ini menunjukkan bahawa masa itu sangat berharga dan perlu dirancang dengan baik.

Firman Allah dalam surah al Asr ayat 1-3 yang bermaksud “Demi masa, sesungguhnya manusia itu berada dalam kerugian , kecuali orang yang beriman dan mengerjakan amalan soleh, dan nasihat menasihati dalam perkara kebenaran dan nasihat menasihati dalam kesabaran “

8. Menjaga kesihatanKesihatan mental dan fizikal sangat penting kepada seseorang . Tanpa kesihatan fizikal dan mental, kejayaan tidak akan dapat dicapai .Pepatah mengatakan “Akal yang cerdas datangnya daripada badan yang sihat.” Ibadat dalam Islam seperti solat, puasa dan menunaikan haji dan umrah merupakan satu bentuk riadah untuk kesihatan jasmani dan rohani.

Setiap kejayaan memerlukan usaha yang gigih dan tekun untuk mencapainya. Kejayaan tidak akan menjelma dengan sendiri. Oleh itu kita perlulah melakukan usaha yang dapat melepasi halangan untuk mendaki tangga kejayaan yang diinginkan.

Berhenti Mengharap, Usaha Sendiri 

Setiap kejayaan pasti disertai dengan pengorbanan sama ada tenaga, masa, usia, harta serta kasih sayang. Tangga tidak akan terlangkah jika tiada usaha dan kejayaan pasti tidak akan dapat dicapai. Jadilah kita golongan yang rugi dan hina yang mengharap belas ihsan. 

“Mengharapkan yang bulat datang bergolek, yang pipih datang melayang” pengharapan yang sepatutnya sudah tidak ada dalam kamus kehidupan seorang individu muslim. Peribahasa Melayu ada mengatakan “Kalau tidak dipecahkan ruyong manakan dapat sagunya”, begitu juga dengan kejayaan, tidak mungkin akan dapat diperolehi dan dikecapi tanpa adanya usaha dan pengorbanan. Bak kata pepatah Arab “Mengharapkan kejayaan tanpa adanya usaha ibarat mengharapkan kapal belayar di daratan”. Satu perkara yang boleh dikatakan mustahil akan berlaku.
Kuatkan semangat! Ayuh bersama kita berusaha mendaki tangga agar dapat mencapai cita-cita dan impian sehingga beroleh kejayaan!

Sumber : Rilex Minda

Etika berbelanja untuk keperluan Hari Raya, Barulah Tak Pokai Di Hujung Bulan!

Posted Leave a commentPosted in Blog
lead image

Berbelanja keperluan hari raya mungkin agak memenatkan dan tidak mungkin isteri dapat lakukannya seorang diri. Lengkapkan diri anda dengan panduan membawa suami membeli belah serta panduan bijak berbelanja.

Hari Raya , Etika berbelanja untuk keperluan hari raya

Etika berbelanja untuk keperluan hari raya

Membeli belah untuk persediaan hari raya? Aduh, memikirkannya saja meletihkan, terutama jika dilakukan sambil berpuasa bersama anak-anak kecil!

Bagi kebanyakan para suami, ini bukanlah satu aktiviti yang digemari kerana terpaksa melayan kerenah isteri memilih dan menjadi pengangkut barang belian selain melayan anak-anak yang meragam. Betul?

Jika ingin suami turut serta

Jika direnungkan, isteri atau ibu memang kebiasaanya lebih pandai memilih barangan keperluan hari raya terutama untuk anak-anak dan kadangkala sifat cerewet dalam memilih itulah yang menjimatkan wang.

Namun sukar jika berbelanja sendirian tanpa suami. Jadi, para isteri, ambillah perhatian tentang beberapa perkara ini. Ia mungkin dapat memujuk para suami untuk berbelanja bersama pada musim perayaan akan datang.

Hari Raya, Etika berbelanja untuk keperluan hari raya

~ Ikut perancangan awal ~

Kadangkala wanita agak sukar menahan diri daripada memeriksa kedai jualan murah. Namun, jika anda memberitahu suami sejak awal akan pergi hanya ke lima buah kedai, elakkan daripada pergi ke selain daripada lima kedai tersebut. Datanglah pada hari lain dengan rakan-rakan jika perlu.

~ Kawal perasaan ~

Kekalkan keseronokan membeli belah bersama dengan mengawal perasaan. Jika suami memberikan pandangan yang bertentangan, terimalah dengan fikiran terbuka dan kekal tenang. Langkah mudah, jika tidak perlukan pandangannya, jangan ditanya!

~ Hargai cadangan ~

Jika suami mencadangkan sesuatu yang dirasakan menarik, tidak salah kan jika mencuba? Anda mungkin punyai citarasa tersendiri, namun anda mungkin juga akan teruja dengan pilihan yang dicadangkan.

~ Hargai kesanggupan ~

Mungkin isteri merasakan sudah menjadi tanggungjawab suami untuk teman membeli belah. Mungkin juga tidak, kerana ada aktiviti yang anda sendiri tidak gemari, bukan? Jadi hargai masa yang diluangkan suami untuk menemankan anda membeli-belah.

Hari Raya, Etika berbelanja untuk keperluan hari raya

~ Berikan peluang ~

Suami menghabiskan masa dengan melayan kerenah isteri membeli-belah disamping menjadi tukang angkat beg. Jadi jika dia sendiri ingin berhenti di mana-mana kedai yang menarik minatnya, usahlah ditanya mengapa. Malahan berikan peluang untuk dia menikmati aktiviti ini juga.

~ Hargai lelahnya ~

Terutama kepada para surirumah, kadangkala agak pahit bagi suami yang penat bekerja melihat isteri seronok menghabiskan wang yang diberikan tanpa membuat perancangan dan mengakibatkan pembaziran. Buatlah senarai dan pastikan hanya yang diperlukan. Suami pasti berbangga jika isterinya bijak dalam berbelanja.

Belanja hari raya biar berpada

Sebagai panduan berbelanja untuk hari raya, Hjh Rohani Datuk Hj Mohd Shahir, seorang Pakar Perunding Kewangan, berkongsi beberapa panduan perbelajaan musim perayaan sekeluarga dalam bukunya “Ke Mana Wang Anda”:

• Sediakan rancangan perbelanjaan ~ tulis keperluan hari raya serta cadangan bagi memenuhi perbelanjaan tersebut.

• Bincang dengan ahli keluarga ~ bincangkan apa yang mereka perlu dan inginkan seperti baju hari raya dan capai persetujuan tentang jumlah, jenis dan sama ada keinginan mereka benar-benar satu keperluan.

• Tetapkan jumlah perbelanjaan ~ jumlah perbelanjaan mesti ditetapkan supaya anda sekeluarga sentiasa berbelanja mengikut kemampuan dan keperluan.

• Tukar setiap tahun? ~ persiapan rumah tidak perlu ditukar setiap tahun. Jadikan ini keperluan akhir untuk dibeli. Jika masih kelihatan baru, tukarkan sahaja dengan yang sedia ada dalam simpanan.

• Hidangan ~ elakkan pembaziran dengan hanya menyediakan apa yang ahli keluarga gemari. Juga sediakan hanya beberapa jenis kuih-muih yang pasti dijamah tetamu ketika musim perayaan serta yang ringan seperti kekacang.

hari raya, Etika berbelanja untuk keperluan hari raya

Agar tidak membazir

Sebagai tambahan, ikuti panduan oleh Gabungan Persatuan Pengguna-Pengguna Malaysia (FOMCA) ini:

• Bawa anggaran wang secukupnya untuk barang yang disenaraikan.

• Lakukan pembelian keperluan secara sekaligus. Elakkan membeli secara sedikit-sedikit kerana ini akan menyebabkan kita sering ke kedai.

• Pastikan harga yang berpatutan.

• Elakkan membawa ramai ahli keluarga bagi mengelakkan pembelian yang terkeluar daripada senarai.

• Gunakan bakul semasa membeli belah berbanding troli.

• Jangan terpedaya dengan jualan promosi, jualan murah dan potongan harga.

• Gunakan wang tunai dan elakkan pengunaan kad kredit supaya perbelanjaan dapat dihadkan.

Selamat bijak berbelanja!

Kredit : https://my.theasianparent.com

Subhanallah..Ini lah Kelebihan Solat Sunat Tarawih Yang Ramai Tidak Tahu.Rebut Peluang ini Yang Datang Setahun Sekali..

Posted Leave a commentPosted in Blog

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT, selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga baginda SAW, sahabat baginda SAW serta orang-orang yang mengikuti jejak langkah baginda SAW.

Dalam bulan Ramadhan yang mulia ini, kita dituntut untuk melaksanakan solat sunat Tarawih yang tidak ada dalam bulan-nulan yang lain secara berjemaah atau bersendirian. Hukum solat sunat tarawih adalah sunnah muakkad (sunat yang dituntut). Disebabkan itu, kita sering mendengar akan hadith-hadith berkaitan kelebihan solat sunat tarawih. Irsyad al-Hadith pada kali ini akan cube menerangkan berkaitan status hadith ini.

Hadith berkaitan kelebihan solat tarawih setiap malam ini diriwayatkan oleh Ali bin Abi Thalib RA:

Maksudnya: “Bahawa Nabi SAW ditanya akan kelebihan solat tarawih dalam bulan Ramadhan, lalu dikatakan baginda SAW bersabda:

Diampuni dosa orang-orang yang beriman sebagaimana keadaannya baru dilahirkan.

  • Kelebihan Solat Tarawih Malam Kedua

Diampunkan dosa orang-orang yang beriman yang mengerjakan solat tarawih, serta dosa-dosa kedua ibubapanya.

  • Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketiga

Para malaikat di bawah Arash menyeru kepada manusia yang mengerjakan solat tarawih itu agar meneruskan solatnya pada malam-malam yang lain, semoga Allah akan mengampunkan dosa-dosa mereka.

  • Kelebihan Solat Tarawih Malam Keempat

Orang-orang yang mengerjakan solat tarawih akan memperolehi pahala sebagaimana pahala yang diperolehi oleh orang-orang yang membaca kitab-kitab Taurat, Zabur, Injil dan al-Quran.

  • Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelima

Allah SWT akan mengurniakan pahala seumpama pahala orang-orang yang mengerjakan sembahyang di Masjid al-Haram, Masjid al-Madinah dan Masjid al-Aqsa.

  • Kelebihan Solat Tarawih Malam Keenam

Allah SWT akan mengurniakan kepadanya pahala seumpama pahala malaikat-malaikat yang bertawaf di Bait al-Ma’mur serta setiap batu dan tanah berdoa untuk keampunan orang-orang yang mengerjakan tarawih  pada malam itu.

  • Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketujuh

Seolah-olah dia dapat bertemu dengan Nabi Musa AS serta menolong Nabi itu menentang musuhnya Fir’aun dan Hamman.

  • Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelapan

Allah SWT mengurniakan pahala orang yang bersolat tarawih sebagaimana pahala yang dikurniakan kepada Nabi Ibrahim AS.

  • Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesembilan

Allah SWT akan mengurniakan pahala dan dinaikkan mutu ibadat hamba-Nya seperti Nabi Muhammad SAW.

  • Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesepuluh

Allah SWT mengurniakan kepadanya kebaikan dunia dan akhirat.

  • Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesebelas

Dia meninggal dunia dalam keadaan bersih dari dosa seperti baru dilahirkan.

  • Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduabelas

Dia akan dibangkitkan pada hari kiamat dengan muka yang bercahaya seperti bulan.

  • Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketigabelas

Dia akan datang pada hari kiamat dalam keadaan aman dari sebarang kejahatan dan keburukan.

  • Kelebihan Solat Tarawih Malam Keempatbelas

Malaikat-malaikat akan datang menyaksikan mereka bersolat tarawih serta Allah SWT tidak akan menghisab mereka.

  • Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelimabelas

Semua malaikat yang memikul Arash dan Kursi akan berselawat serta mendoakannya supaya Allah mengampunkannya.

  • Kelebihan Solat Tarawih Malam Keenambelas

Allah SWT menuliskan baginya dalam kalangan mereka yang terlepas dari api neraka dan dimasukkan ke dalam syurga.

  • Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketujuhbelas

Allah SWT menuliskan baginya pahala pada malam ini seperti pahala Nabi-Nabi.

  • Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelapanbelas

Malaikat akan menyeru: Wahai hamba Allah! sesungguhnya Allah telah redha denganmu dan dengan kedua ibu bapamu (yang masih hidup atau yang sudah mati).

  • Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesembilanbelas

Allah SWT akan meninggikan darjatnya.

  • Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh

Allah SWT mengurniakan kepadanya pahala sekelian orang yang mati syahid dan orang-orang soleh.

  • Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh satu

Allah SWT akan membina untuknya sebuah mahligai di dalam syurga yang diperbuat daripada cahaya.

  • Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh dua

Dia akan datang pada hari kiamat dalam keadaan aman dari sebarang dukacita dan kesedihan pada hari tersebut.

  • Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh tiga

Allah SWT akan membina untuknya sebuah bandar di dalam syurga.

  • Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh empat

Allah SWT akan memberinya dua puluh empat permintaan yang mustajab.

  • Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh lima

Allah SWT akan mengangkat seksa kubur daripadanya.

  • Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh enam

Allah SWT akan mengurniakan pahala empat puluh tahun ibadat bagi orang-orang yang mengerjakan solat tarawih pada malam tersebut.

  • Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh tujuh

Allah SWT akan mengurniakan kepadanya kemudahan untuk melintasi titian sirat sepantas kilat.

  • Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh lapan

Allah SWT akan menaikkan kedudukannya seribu darjat di syurga.

  • Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh Sembilan

Allah SWT akan mengurniakan kepadanya pahala seribu haji yang mabrur.

  • Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketigapuluh

Allah SWT akan memberi penghormatan kepada orang yang bertarawih pada malam terakhir dengan firman-Nya (yang bermaksud): Wahai hambaku!, makanlah segala jenis buah-buahan yang Engkau ingini untuk dimakan di dalam syurga dan mandilah kamu di dalam air yang bernama salsabil serta minumlah air dari telaga yang dikurniakan kepada Nabi Muhammad SAW yang bernama al-Kauthar.

Aku Tuhanmu dan engkau adalah hambaku”.

Sumber Hadith

Hadith ini terdapat di dalam kitab Durrah al-Nasihin pada halaman ke 19.

Hukum Hadith

Hadith ini adalah paslu lagi dusta di atas nama Nabi SAW dan juga sahabat baginda SAW iaitu Ali bin Thalib. Di samping itu, haram bagi kita menyebarkannya kepada orang lain. Ini kerana, telah jelas tanda-tanda atau ciri-ciri kepalsuan hadith tersebut seperti yang telah digariskan oleh para ulama’. Antara ciri-ciri hadith paslu adalah sebagaimana yang disebut oleh Imam Ibn Qayyim di dalam karyanya:

“Hadith palsu itu antara cirinya ialah padanya terdapat unsur berlebih-lebihan dalam menetapkan pahala dan dosa. Perkara yang kecil diletakkan hukuman yang terlalu besar ataupun ganjaran yang terlalu besar yang tidak munasabah”.[Lihat: al-Manar al-Munif, 51]

Berdasarkan pernyataan Ibn Qayyim ini, kita dapat melihat di dalam hadith ini bahawa ganjaran yang ditetapkan bagi sesiapa yang melaksanakan solat tarawih padanya ciri tersebut iaitu berlebihan dalam penetapan ganjaran bagi amalan tersebut. Selain itu juga, hadith ini dikatakan bercampur dengan hadith-hadith yang lain.

Penutup

Kesimpulannya, hendaklah kita mengenalpasti akan kesahihan sesebuah hadith sebelum ia disebarkan kepada orang lain. Ini kerana, ancaman Nabi SAW terhadap orang yang berdusta di atas nama baginda SAW adalah amat berat iaitu neraka. Untuk menceritakan akan kelebihan kita berqiyam di malam Ramadhan, di sana terdapat sebuah hadith yang sahih sebagaimana diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari RA di dalam kitabnya:

  • Daripada Abu Hurairah RA, bahawa Nabi SAW bersabda:

مَنْ قَامَ رَمَضَانَ ، إيمَانًا وَاحْتِسَابًا ، غُفِرَ لَهُ مَا تَقَدَّمَ مِنْ ذَنْبِهِ

Maksudnya: “Barangsiapa yang mendirikan Ramadhan karena keimanan dan mengharapkan redha daripada Allah SWT, akan diampuni dosanya yang telah lalu”. [Riwayat al-Bukhari, no. Hadith 36]

Akhirnya, semoga Allah SWT memberi kita kekuatan dan petunjuk dalam melakukan amal dan ibadah kepada-Nya serta memelihara kita daripada melakukan pendustaan di atas nama Rasulullah SAW. Amin.

Sumber : Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan

Kredit : oh media.my / dunia ratna

Sedikit Petua Kejayaan Di Bulan Ramadhan

Posted Leave a commentPosted in Blog
kejayaan-ramadhan

Hadirnya Ramadhan menjanjikan begitu banyak pahala, rahmat dan keampunan kepada umat Islam. Bukan sekadar itu, ganjaran bagi setiap amal kebajikan yang dilakukan di bulan ini akan dilipatgandakan oleh Allah SWT. Bahkan di bulan ini juga, terdapat malam al-Qadar, satu malam yang lebih baik daripada seribu bulan. Kesemua ini pastinya menjadikan seseorang Muslim itu teruja untuk meraih segala kebaikan yang terhidang di hadapannya dalam rangka mendekatkan diri kepada Allah SWT, meraih redhaNya dan syurgaNya. Kesedaran seperti inilah yang perlu dimiliki oleh setiap Muslim, sehingga Muslim yang sejati pastinya tidak akan mensia-siakan sedikit pun peluang keemasan di bulan suci ini. Namun, persoalannya, apakah antara petua bagi menggapai semua kebaikan tersebut agar kita melalui Ramadhan dengan kejayaan?

Pertama; Selain menyedari kemuliaan dan keutamaan bulan Ramadhan itu sendiri, seseorang Muslim itu perlu sedar bahawa dirinya adalah manusia yang tidak bebas dari dosa, maka dia hendaklah mempunyai keazaman yang tinggi untuk meraih segala kebaikan dan keutamaan yang terkandung dalam bulan Ramadhan sehingga dia termotivasi untuk melipat gandakan amalannya di bulan ini, sebagai penambah bekal untuk dia menghadap Allah SWT pada Hari Kiamat kelak. Kesedaran ini perlu ada dan perlu kukuh dalam dirinya, yang akan menggerakkannya untuk merebut segala “tawaran” yang Allah berikan sempena bulan Ramadhan.

Kedua; Dalam usaha untuk merebut semua tawaran tadi, setiap Muslim perlu mempunyai rancangan peribadi, malah amat baik jika kalendar Ramadhannya dipenuhi dengan checklist yang sentiasa akan mengingatkannya, sebuah checklistyang dipenuhi dengan amalan-amalan soleh yang akan dilakukannya sepanjang Ramadhan, bermula dari taubat nasuha sehinggalah ke amalan-amalan sunat yang lain. Dia hendaklah memastikan perancangannya direalisasikan dan dalam masa yang sama, setiasa berdoa kepada Allah SWT agar menjadikan dirinya sentiasa istiqamah dalam melaksanakannya.

Ketiga; Walaupun telah dibuat pelbagai perancangan dan checklist, namun secara praktikalnya, sering kali hal  tersebut tidak berjalan seperti yang dirancang, kerana pelbagai faktor. Untuk itu diperlukan langkah seterusnya iaitu pelan penggantian (backup) atau rancangan sokongan, agar tawaran hebat yang ada dalam bulan Ramadhan tidak berlalu begitu sahaja. Pelan penggantian ini sewajarnya merangkumi perkara-perkara yang lebih mudah dan praktikal untuk dilakukan. Contohnya seperti membaca sebanyak mungkin al-Quran setiap kali berkesempatan, yang boleh menjadi rancangan backup atau sokongan yang Insya Allah mampu dilakukan oleh setiap individu, agar hari-hari Ramadhan yang berlalu tetap berisi dengan pahala.

Keempat; Di samping meningkatkan amalan sunat di sepanjang Ramadhan, amalan wajib yang mungkin sering dilalaikan sebelum ini hendaklah diperhatikan betul-betul agar tidak terus dilalaikan. Mempelajari Islam serta mendakwahi manusia dengan Islam merupakan satu kewajipan yang tidak seharusnya diabaikan. Rasulullah SAW merupakan suri teladan kita yang tidak pernah lekang, jemu atau putus asa dengan dakwah. Hidup baginda sentiasa dihiasi dengan dakwah, baik semasa di Madinah (setelah berdirinya Negara Islam), apatah lagi semasa di Makkah. Tatkala di Makkah, Rasulullah SAW menjalankan kewajipan dakwah dengan sungguh-sungguh, siang dan malam, dengan pelbagai ujian dan cabaran yang melanda. Bahkan, berapa ramai di kalangan para sahabat yang diseksa dan syahid semata-mata kerana berdakwah (menyeru) manusia kepada Islam. Walau sehebat mana sekali pun ujian yang melanda, Rasulullah SAW dan para sahabat terus berdakwah sehinggalah mereka berjaya menegakkan Daulah Islam di Madinah yang dengan tertegaknya Daulah Islam-lah, barulah hukum Allah SWT dapat diterapkan secara kaffah dan Islam seterusnya zahir berbanding agama-agama lain dan rahmat Allah tersebar ke seluruh alam. Dengan adanya Negara Islam, kejayaan demi kejayaan dicapai oleh umat Islam dengan jalan dakwah dan jihad sehingga Islam menguasai dua per tiga dunia selama lebih 1300 tahun sehinggalah kejatuhan Khilafah pada 28 Rajab 1342H (3 Mac 1924). Jadi, kewajipan berdakwah dalam rangka menegakkan syariah dan mengembalikan semula Khilafah merupakan kewajipan agung yang tidak seharusnya diabaikan oleh setiap Muslim di bulan Ramadhan yang mulia ini.

Inilah beberapa petua kejayaan untuk mendapatkan semaksimum mungkin ganjaran daripada Allah SWT di bulan Ramadhan ini, dan tidak sayugia bagi setiap Muslim melepaskan atau mensia-siakan peluang keemasan ini. Akhir sekali, setiap Muslim hendaklah terus istiqamah melakukan segala amal soleh yang dilakukannya sepanjang Ramadhan, di bulan-bulan lain setelah Ramadhan, sehinggalah datang Ramadhan berikutnya. Dengan ini barulah, kejayaan benar-benar menjadi miliknya.

Wallahu a’lam.

Sumber : Hizbut Tahrir Malaysia

Bulan Ramadhan: 30 Kelebihan Fadhilat Puasa

Posted Leave a commentPosted in Blog

Bulan puasa atau bulan Ramadhan Al-Mubarak 1440 Hijrah bagi tahun 2019 bakal dan akan menemui kita sekali lagi. Bersyukur kita, masih terdaya untuk mengerjakan Rukun Islam ke-5 untuk edisi seterusnya. Banyak keistimewaan dan fadhilat kebesaran bulan Ramadhan boleh diperoleh dan dijanjikan oleh Allah s.w.t. melalui Al-Quran dan Hadis Nabi. Marilah kita bersama renungkan 30 keistimewaan dan fadhilat berpuasa di bulan Ramadhan bagi puasa yang mabrur dan ayuh kita bersama membaiki kaedah dan kelemahan berpuasa kita supaya dapat digolongkan dikalangan mereka yang berpuasa mabrur.

30 Fadhilat dan Keistimewaan Berpuasa Bulan Ramadhan

  1. Dosa-dosa manusia keluar diumpamakan seperti baru di lahirkan.
  2. Segala dosa akan di ampuni, termasuk dosa-dosa oleh kedua ibu bapanya jika kedua-duanya dikalangan orang yang mukmin.
  3. Akan di panggil oleh malaikat dari bawah Arasy dengan seruan: “Mulailah kamu beramal sebab Allah telah mengampuni dosamu yang telah lalu”.
  4. Pahala berpuasa-nya adalah sama dengan pahala orang-orang yang membaca Kitab Taurat, Injil, Zabur dan Al-Quran.
  5. Akan diberi pahala kepada orang berpuasa seperti melakukan sembahyang di Masjidil Haram di Makkah, Masjid An-Nabawi di Madinah dan Masjid Al-Aqsa di Palestin.
  6. Pahala diberikan seperti pahala malaikat yang tawaf di Baitul Ma’mur, batu-batu serta pasir yang turut sama memohon pengampunan baginya.
  7. Orang yang berpuasa adalah seperti seorang yang hidup pada zaman Nabi Musa dan membantunya untuk mengalahkan Fir’aun dan Haman.
  8. Akan di-berikan oleh Allah s.w.t. segala apa yang pernah di berikan kepada Nabi Ibrahim a.s.
  9. Pahala berpuasa adalah seperti pahala beribadah kepada Allah yang di lakukan oleh Nabi Muhammad s.a.w.
  10. Akan di kurniakan oleh Allah s.w.t. kebaikan dunia dan akhirat
  11. Mereka yang berpuasa akan diumpakan keluar ke dunia seperti pada hari mereka dilahirkan dari kandungan ibu dan bersih daripada segala dosa
  12. Orang yang berpuasa seolah akan datang di hari kiamat dengan keadaan mukanya penuh bercahaya dan bersinar bagaikan malam bulan purnama.
  13. Keistimewaan orang berpuasa seperti datang di hari kiamat dengan keadaan aman dari segala kejahatan dan mungkar.
  14. Maka akan disaksikan oleh para malaikat, jika mereka telah melaksanakan solat Tarawih di bulan Ramadhan, maka pada hari kiamat mereka akan di bebaskan oleh Allah dari segala kemudaratan.
  15. Mereka yang berpuasa akan di minta ampun oleh para malaikat, oleh malaikat yang memikul Arasy dan Kuraisi.
  16. Orang yang berpuasa akan di bebaskan dari api neraka dan seterusnya memperoleh kemudahan untuk masuk pintu syurga.
  17. Akan memperoleh dan diberikan pahala seperti diterima pahala oleh para Nabi dan Rasul a.s..
  18. Para malaikat akan menyeru kepada orang berpuasa: “Wahai hamba Allah, bahawasanya Allah telah redha kepadamu dan kepada orang tua kamu”.
  19. Mereka yang berpuasa akan di angkat darjatnya ke dalam syurga firdaus.
  20. Akan memperoleh pahala para syuhada dan salihin.
  21. Mereka yang berpuasa akan di bina rumahnya dari nur (cahaya) di dalam syurga.
  22. Pada hari kiamat kelak, mereka yang berpuasa akan datang dengan aman dari segala kesusahan dan dugaan.
  23. Golongan yang berpuasa akan di bangunkan sebuah kota untuknya di syurga
  24. Antara kelebihan berpuasa akan diberikan pahala yang berupa dua puluh empat (24) permohonan akan di kabulkan.
  25. Akan terhapuslah segala seksaan di kubur.
  26. Segala pahala bagi orang berpuasa akan diangkat selama empat puluh (40) tahun.
  27. Bagi orang berpuasa dalam melintasi sirat (jambatan) pada hari kiamat kelak, mereka akan melintasi sirat dengan laju bagaikan kilat menyambar.
  28. Allah s.w.t telah menjanjikan akan mengangkat mereka berpuasa dengan seribu darjat di syurga.
  29. Akan dihadiahkan pahala seolah mengerjakan seribu (1000) haji yang mabrur.
  30. Mereka yang berpuasa akan di panggil dan diperkenankan oleh Allah s.w.t., “Wahai hambaku, makanlah buah-buahan syurga dan mandilah dengan air salsabil (air syurga yang sedap di minum) serta minumlah dari telaga kausar. Akulah Tuhanmu dan engkau hambaku…”

Semoga Ramadhan Al-Mubarak pada kali ini akan lebih baik ataupun terbaik dari bulan puasa sebelumnya. Bukan mudah untuk memperoleh puasa yang mabrur, tetapi tidak mustahil bagi kita untuk mencapai seperti diseruan oleh Allah s.w.t. kepada umatnya. Walaupun bulan Ramadhan adalah bulan yang dimuliakan (pada masa kini), seharusnya kita bersama mempraktikkan ke-istimewaan bulan Ramadhan sepanjang tahun bagi mencapai dan mengejar cita-cita memperoleh puasa yang mabrur dan memperoleh keredhaan Allah s.w.t. – Insya-Allah.

(Sumber imej: halaqahmuntijah.wordpress.com)

Bulan Ramadhan Menjanjikan Kelebihan dan Keistimewaan.Salam Ramadhan di Ucapkan Dari Suri Empire Prestige Sdn Bhd

Posted Leave a commentPosted in Blog

SESUNGGUHNYA Allah SWT  mengkhususkan bulan Ramadan di antara bulan-bulan lainnya dengan keutamaan yang agung dan keistimewaan yang banyak. Ustaz Muhamad Abdullah al-Amin dalam rancangan Pesona D’Zahra yang bersiaran di IKIMfm pada Isnin minggu lalu jam 10.15 pagi menyarankan agar umat Islam menunaikan ibadah puasa dengan seikhlas yang mungkin  pada bulan Ramadhan.  

Jangan kita hanya berpuasa, kerana ikut orang lain berpuasa atau kerana bapa kita puasa, maka kita juga kena puasa. Hayatilah segala keistimewaan  berpuasa, agar kita sempurna di dunia dan juga  di akhirat. Keistimewaan pertama, diturunkannya Al-Qur’an di dalam bulan Ramadhan sebagai petunjuk bagi manusia dari kegelapan menuju cahaya. Dengan Al-Quran ini, Allah memperlihatkan kepada mereka kebenaran (al-haq) dari kebatilan.  

Al-Quran yang di dalamnya terkandung kebaikan dan kebahagiaan kemenangan bagi umat manusia, serta keselamatan di dunia dan di akhirat. Keistimewaan kedua, diwajibkannya berpuasa pada  bulan tersebut kepada umat Muhammad SAW ketika Allah SWT  memerintahkan hal tersebut dalam firman-Nya ” Kerana itu, barangsiapa di antara kamu hadir (di negeri tempat tinggalnya) di bulan itu, maka hendaklah ia berpuasa pada bulan itu” (Suarh  Al-Baqarah, ayat  185).

Tidak dapat disangkal lagi bahawa bulan Ramadhan mempunyai kemuliaan dan kelebihannya tersendiri.  Pertama, Ramadhan adalah bulan  penghapus dosa Berpuasa pada bulan Ramadhan dapat menghapus dosa-dosa yang pernah kita lakukan sama ada yang disedari atau tidak disedari asalkan dilaksanakan dengan ikhlas dan bersungguh-sungguh berdasarkan iman dan mengharapkan pahala dari Allah SWT.  Sebagaimana    Rasulullah SAW bersabda : ‘’Barang siapa yang berpuasa Ramadahan kerana iman dan mengharapkan pahala  dari Allah SWT, nescaya diampuni dosa-dosanya telah lalu”. (Muttafaqun alaih). 

Kedua, dibukanya pintu-pintu syurga pada  bulan Ramadhan. Hal ini kerana banyaknya amal shalih yang disyariatkan pada  bulan tersebut yang menyebabkan masuknya seseorang ke dalam syurga ditutup pintu-pintu neraka pada  bulan berkenaan .

Misalnya, umat Islam pada bulan yang mulia ini  dituntut untuk mengerjakan Solat Sunat  Tarawih. Ia ditunaikan  selepas umat Islam mengerjakan solat fardhu Isyak dan waktunya berkekalan sehingga akhir malam. Ketiga, bulan Ramadan memiliki banyak keberkatan, keutamaan dan pelbagai keistimewaan yang tidak dimiliki oleh bulan-bulan lainnya. Dalam bulan  Ramadhan, setiap amal kebaikan diberikan ganjaran berlipat ganda.

Ganjaran pahala mereka yang mengerjakan amal ibadah dalam bulan Ramadhan adalah berlipat ganda. Ibadah fardhu diberi pahala sehingga tujuh puluh kali ganda; manakala ibadah sunat diberi pahala seperti ibadah fardhu. Keempat, syaitan-syaitan dibelenggu pada  bulan Ramadhan. Syaitan tidak mampu untuk menggoda (menyesatkan) manusia, menjerumuskan manusia dalam kemaksiatan sebagaimana yang syaitan lakukan selain dalam bulan Ramadhan.

Kelima, antara kelebihan besar bulan Ramadhan ialah di dalamnya terdapat lalilatul-Qadar atau malam al-Qadar (kemuliaan) yang dinyatakan keistimewaannya secara khusus oleh Allah dalam surah al-Qadr “Sesungguhnya Kami telah menurunkannya (Al Qur’an) pada malam al-Qadar (kemuliaan). Dan tahukah kamu apakah malam al-Qadar itu? Malam al-Qadar itu lebih baik dari seribu bulan. Pada malam itu turun malaikat-malaikat dan malaikat Jibril dengan izin Tuhannya untuk mengatur segala urusan. Malam itu (penuh) kesejahteraan sampai terbit fajar”. (Surah al-Qadr: ayat 1-5)

Ustaz Muhamad Abdullah al Amin merumuskan dengan berkata begitulah antara kelebihan dan keistimewaan bulan Ramadhan. Orang yang tahu menilainya sudah pasti tidak akan mensia-siakan peluang untuk merebut kelebihan-kelebihan tersebut. Bahkan RasulullahSAW sendiri pernah menegaskan; “Sekiranya manusia benar-benar menyedari kebaikan-kebaikan yang ada pada bulan Ramadhan ini, pastinya mereka akan mengharapkan supaya sepanjang tahun adalah Ramadhan”.

Sumber : Ikim, Berita Harian

Siapa Usaha Mesti Berjaya

Posted Leave a commentPosted in Blog
1. Ilmu pengetahuan dapat menjamin masa hadapan seseorang
– menjamin masa hadapan yang cemerlang
– jika seseorang berusaha bersungguh-sungguh, mereka akan memperoleh ilmu yang dipelajari kerana usaha tangga kejayaan
– mereka boleh menimba ilmu pengetahuan daripada guru yang mengajar mata pelajaran sejarah di sekolah
– dapat mengetahui sejarah kejayaan seseorang tokoh
– akan menjadikan tokoh tersebut sebagai idola dalam usaha mencapai cita-cita

2. Seseorang akan mengetahui pelbagai bidang ilmu
– boleh mendapat ilmu dalam pelbagai bidang melalui mata pelajaran yang dipelajari di sekolah seperti sains, matematik, perdagangan, ekonomi dan sastera
– ilmu yang diperoleh boleh diamalkan dalam kehidupan seharian mereka
– seseorang akan berjaya jika mereka boleh menguasai ilmu pelbagai bidang yang dipelajari

3. Seseorang mampu menyelesaikan masalah
– dalam menjalani kehidupan seharian kita akan mengalami pelbagai masalah
– sentiasa berfikir secara positif atau optimis tentang sesuatu masalah dan tidak berfikir secara pesimis dan mudah pula berputus asa
– memiliki ilmu pengetahuan kerana ilmu pelita hidup – penerang kegelapan
– ilmu agama yang tinggi dapat menyelesaikan masalah tanpa tindakan yang terburu-buru
– kemahiran menyelesaikan masalah dengan berkesan boleh dikuasai

4. Ilmu pengetahuan mampu melahirkan insan bermoral
– boleh menjadi insan yang memiliki sahsiah terpuji
– kita akan mendapat panduan yang baik melalui ilmu pengetahuan yang dimiliki
– seseorang yang berilmu akan dapat memanfaatkan nilai-nilai murni yang dipelajari dalam kehidupan seharian
– nilai saling menghormati, bertanggungjawab, bertimbang rasa dan menghargai
– akan menjadi insan yang berakhlak mulia jika kita berilmu pengetahuan

5. boleh mencipta inovasi baharu dalam pelbagai bidang kehidupan manusia hari ini
– akan memberikan kemudahan kepada kehidupan seharian manusia
– seperti telefon bimbit, komputer riba dan pelbagai alat canggih yang lain
– memerlukan ilmu dan kemahiran yang tinggi dalam teknologi

6. dapat memajukan diri dan negaranya sendiri
– untuk mendepani pelbagai cabaran, negara kita memerlukan pemimpin yang berilmu pengetahuan tinggi
– pemimpin yang berilmu akan membawa perubahan yang positif untuk kemajuan rakyat dan negara
– hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih – para pemimpin perlu menguasai pelbagai ilmu terutamanya ilmu teknologi maklumat dan komunikasi

Sumber : my blog