4 Model Bisnes Mudah Tanpa Modal Besar Untuk Jana Pendapatan Tambahan

Posted Leave a commentPosted in Blog
bisnes mudah

Apabila terasa pendapatan yang diperoleh tidak mencukupi, langkah pertama yang perlu diambil adalah dengan mengawal perbelanjaan.

Kena kurangkan perbelanjaan kehendak dan utamakan perbelanjaan keperluan terlebih dahulu.

Sehinggalah sampai satu tahap, walaupun telah potong hampir kesemua perbelanjaan kehendak dan sedaya upaya berjimat-cermat, namun pendapatan yang diperoleh dirasakan masih tidak mencukupi.

Masih tidak mampu untuk menyimpan, mengambil perlindungan insurans/takaful dan membuat pelaburan.

Malah, untuk perbelanjaan keperluan pun masih terasa sesak.

Apabila tiba ke tahap ini, tiada cara lain yang boleh dilakukan melainkan perlu lakukan sesuatu untuk jana pendapatan tambahan.

Antara cara untuk tambah pendapatan adalah dengan berniaga atau memulakan bisnes.

Tetapi, alasan atau halangan terbesar yang sering orang berikan untuk tidak mula berniaga adalah tidak tahu cara dan tiada modal.

Pada zaman sekarang, dengan kecanggihan teknologi dan lambakan informasi yang mudah dicapai, kedua-dua alasan ini tidak sepatutnya diberikan.

Ada banyak cara untuk mulakan bisnes dengan mudah dan tanpa perlukan modal yang besar.

Antara model bisnes mudah tanpa modal besar yang boleh dilakukan untuk jana pendapatan tambahan adalah:

1. Buat duit dengan affiliate

bisnes mudah

Dengan affiliate, anda perlu mendaftar dengan penjual atau vendor melalui laman web khas yang disediakan mereka.

Antara vendor yang menyediakan platformaffiliate adalah Lazada, Zalora danBookcafe untuk produk fizikal, manakalaKlikjer, Tim Infokerjaya, Aztetic dan OnPay adalah untuk produk digital.

Selepas mendaftar, setiap affiliater akan diberikan link khas dan beberapa toolspromosi, seperti gambar, ayat-ayat ringkas, artikel-artikel promosi dan video.

Tugas affiliater, anda perlu mempromosikan produk vendor tersebut, samaada produk digital atau fizikal, menggunakan link dan tools yang diberikan.

Boleh promosikan di blog, laman sosial malah menerusi emel dan Whatsapp, bergantung kepada kreativiti masing-masing.

Jika ada yang berminat untuk dapatkan produk tersebut, boleh minta prospek tersebut dapatkan melalui link yang disediakan.

Sistem akan ‘capture’ pembeli tersebut dan apabila bayaran disahkan, affiliater akan diberikan komisen.

Kelebihan buat duit dengan affiliate, anda tidak perlu hasilkan produk dan bangunkan sistem, hanya perlu gunakan sistem sedia ada yang dibangunkan vendor.

Tugas affiliater hanya perlu buat promosi; segala bayaran, penghantaran, dispute danrefund akan dikendalikan oleh vendor.

Jadi, anda boleh mulakan bisnes sebagai affiliater dengan mudah dan tanpa perlukan modal besar untuk tambah pendapatan.

Namun, kelemahan utama buat duit dengan affiliate adalah sukar untuk ‘secure’komisen disebabkan sukar untuk memastikan prospek membeli melalui link yang anda berikan.

Boleh sahaja prospek ignore link anda, dan terus pergi ke laman web vendor dan buat pembelian.

Akibatnya, anda akan terlepas komisen walaupun prospek tadi dapat tahu berkenaan tawaran vendor melalui promosi yang anda lakukan.

Untuk panduan lengkap berkenaan cara sebenar buat bisnes mudah dengan affiliate, boleh download panduan percuma di sini: Hero AffiliateBaca juga:  7 Fasa Asas Pengurusan Kewangan Yang Wajib Anda Tahu

2. Buat duit dengan dropship

bisnes mudah

Melalui bisnes dropship, anda perlu juga mendaftar dengan vendor dan selepas disahkan, anda akan dikenali sebagai agendropship.

Antara vendor yang mempunyai sistemdropship yang baik adalah Pusat Borong, Dropship IM, Yosh, Malaya Street danDropship Malaysia.

Sebagai agen, anda akan diberi harga yang lebih murah berbanding harga pasaran bagi setiap produk yang vendor jual.

Contohnya, vendor jual sehelai kain pasang pada harga RM 80/pasang, tetapi untuk agen diberikan harga RM 60/pasang.

Sebagai agen dropship, tugas anda adalah mempromosikan dan menjual produk tersebut kepada orang lain pada harga yang ditetapkan vendor atau mark-up lagi untuk lebih keuntungan.

Apabila pelanggan membeli, anda perlu terima bayaran daripada pelanggan, kemudian bayarkan kepada vendor pada harga agen dan vendor akan poskan barang tersebut kepada pelanggan anda.

Keuntungan daripada hasil jualan tersebut anda sendiri ambil dan simpan, bukan dibayar oleh vendor.

Sama seperti bisnes affiliate, kelebihan buat duit dengan dropship ini adalah tidak memerlukan anda menghasilkan atau mempunyai produk sendiri dan tidak perlu pegang stok.

Namun, anda perlu mempunyai sistem jualan sendiri dan bekerja lebih sedikit (terima bayaran daripada pelanggan dan buat bayaran kepada vendor)

Di samping itu, kelemahan bisnes dropship juga adalah persaingan yang tinggi daripada agen dropship lain dan yang paling teruk, risiko pelanggan ‘dicuri’ oleh vendor.

Bayangkan, anda penat-penat buat promosi dan tarik pelanggan untuk beli, apabila pelanggan beli dan anda berikan details kepada vendor, vendor simpan maklumat pelanggan dan kemudian buat promosi terus kepada pelanggan pada masa depan.

Akibatnya, pelanggan akan membeli terus daripada vendor selepas ini, bukan lagi daripada anda.

Untuk elakkan masalah ini, perlulah cari vendor dropship yang baik dan profesional.

Untuk panduan lengkap berkenaan bisnes dropship, boleh dapatkan lebih banyak maklumat di sini: Bisnes Dropship FB dan Pro Spy FBBaca juga:  [REVIEW] Ebook Panduan eBay Intelligence: Rahsia Buat Duit Dengan eBay

3. Bisnes mudah dengan arbitrage

bisnes mudah

Melalui model bisnes arbitrage, anda tidak perlu mendaftar menjadi agen kepada mana-mana vendor.

Sebaliknya, anda cuma promosikan produk-produk yang dijual di laman-laman web e-commerce atau kedai-kedai berdekatan anda, dan jual pada harga yang di mark-up.

Contohnya, anda jumpa satu produk A di laman web Lelong berharga RM 50, anda ambil gambar dan spesifikasi produk tersebut lalu promosikan kepada orang lain melalui media sosial atau Whatsapp.

Tetapi, harga yang anda tawarkan adalah RM 70, bermaksud anda akan dapat keuntungan sebanyak RM 20 jika produk tersebut dijual.

Apabila ada pembeli, anda terima bayaran, kemudian buat pesanan di laman web tadi.

Untuk pastikan pembeli tidak tahu harga sebenar produk tersebut, pastikan anda memasukkan alamat yang berasingan untuk penghantaran produk dan bil, atau hantar mesej kepada penjual mengatakan bahawa produk tersebut dibeli sebagai hadiah, tidak perlu diletakkan tanda harga.

Dengan teknik ini, anda seolah-olah tolong belikan barang kepada pelanggan anda sahaja, dengan ambil sedikit upah.

Kelemahan teknik ini, pelanggan mungkin marah atau tidak berpuas hati jika mereka akhirnya dapat tahu harga sebenar produk yang dibeli tersebut.

Untuk pastikan teknik arbitrage ini berjaya, anda dinasihatkan untuk menjual dan mempromosikan produk-produk hot sahaja.

Boleh dapatkan di sini senarai produk-produk hot yang mudah dijual: Produk Hot FB

4. Bisnes mudah dengan consignment

bisnes mudah

Model bisnes consignment adalah model bisnes old-school dan evergreen; diamalkan dari dulu dan akan tetap diamalkan sekarang dan pada masa akan datang.

Kalau ikut kepada definisi, consignmentbermaksud memberikan produk kepada orang lain, tetapi masih mengekalkan pemilikan ke atas produk tersebut sehinggalah terjual.

Dalam teknik consignment, anda perlu berjumpa dengan pembekal dan dapatkan stok barang secara percuma terlebih dahulu, dengan mengikat perjanjian yang bayaran akan dibuat selepas barang terjual.

Mungkin untuk mengelakkan kerugian, pembekal akan meminta sedikit bayaran deposit atau cagaran terlebih dahulu.

Selepas dapat barang, anda jualkan barang tersebut dengan mengambil kira margin keuntungan yang dikehendaki.

Bayaran akan dibuat kepada pembekal selepas barang terjual dalam jangka masa 1 minggu sekali, 2 minggu sekali atau sebulan sekali, bergantung kepada perjanjian dengan pembekal.

Jika ada barang yang tidak terjual, boleh hantar semula kepada pembekal dan tukarkan dengan barang atau stok baru.

Kiranya, anda cuma perlu tolong jualkan barang pembekal, dan ambil upah sendiri (keuntungan) jika barang tersebut berjaya dijual.

Kelebihan utama taknik ini adalah dapat stok secara percuma/murah, sentiasa dapat stok baru dan risiko kerugian yang rendah akibat stok tidak terjual.

Tetapi, untuk lakukan bisnes mudah tanpa modal besar sebegini, perlulah mempunyai dan menjaga hubungan yang baik dengan pembekal.

Sumber : Jom Urus Duit

Kelebihan Berniaga

Posted Leave a commentPosted in Blog
Dalam perniagaan terdapat banyak unsur-unsur kebaikan dan manfaat kepada umat Islam jika dilaksana berlandaskan syariat Islam. Di antara kebaikan-kebaikannya ialah :
  • Dapat menjalinkan hubungan silaturahim dari kalangan rakan-rakan peniaga, pembekal-pembekal, dan para pelanggan.
  • Dapat memberi khidmat dan bakti secara langsung kepada masyarakat.
  • Terdapat unsur-unsur kerjasama dan peluang serta keperluan untuk bekerjasama di antara peniaga, pembekal dan pelanggan.
  • Ada sikap tolak ansur, iaitu satu sifat terpuji yang sangat dianjurkan oleh Islam.
  • Membantu dan memudahkan umat Islam mengurus dan mendapatkan keperluan hidup terutama barang makanan dan minuman yang halal sangat dipandang tinggi dan dituntut dalam islam.
  • Dapat menyelamatkan barang keluaran umat Islam sama ada hasil pertanian, hasil ternakan dan lain-lain dengan mengumpul dan memasarkannya. Sekiranya tiada usaha begini akan menyebabkan barangan itu rosak dan terbuang seterusnya timbul pembaziran sangat dilarang. Menjauhi dan mengelak pembaziran adalah satu kewajipan.
  • Dapat meperoleh banyak ilmu dan pengalaman melalui perniagaan sama ada di bidang pengurusan, perakaunan, produk sehinggalah mengenali cara hidup dan masalah manusia dan lain-lain lagi. Mencari ilmu dan pengalaman seperti ini sangat dituntut oleh Islam.
  • Berlatih untuk bersabar dan berlapang dada dalam menghadapi pelbagai kerenah manusia. Orang yang sabar akan diberi pahala oleh Tuhan tanpa hisab.
  • Berniaga adalah salah satu cara untuk memaju dan meningkatkan ekonomi umat Islam. Ia merupakan tanggungjawab manusia sebagai khalifah Tuhan di muka bumi ; supaya mereka dapat melihat kebesaran Tuhan, serta dapat dibesarkan dan dinikmati segala nikmat dan anugerah-Nya agar manusia boleh bersyukur dan mendapat pahala pula diatas kesyukuran mereka itu.
  • Berpeluang mengeluarkan zakat perniagaan. Dengan itu salah satu rukun Islam dapat ditunaikan dan mewujudkan salah satu sumber atau saluran untuk membantu fakir miskin dan golongan yang memerlukan.
  • Perniagaan mewujudkan peluang pekerjaan untuk manusia sebagai sumber mencari rezeki. Sekali gus tenaganya dapat dimanfaatkan oleh orang lain. Ertinya, dengan adanya perniagaan, tenaga manusia tidak dibazirkan dan manusia itu boleh jadi produktif dengan mengeluarkan hasil untuk faedah manusia lain.

Jelas sekali melalui perniagaan banyak syariat Islam dapat ditegakkan. Apabila pelbagai aspek dalam Islam dapat kita bangunkan maka banyaklah ibadah kita. Oleh itu, tidak hairan lah Islam menganggap orang yang berniaga secara jujur dan menepati kehendak-kehendak syariat itu sebagai orang yang berjihad fisabilillah. Perniagaan juga dianggap pekerjaan yang paling baik dalam Islam kerana kebaikan yang diperolehi oleh masyarakat hasil dari perniagaan adalah terlalu banyak.

Sumber : KejarTauhid

Kesalahan Berniaga Di Media Sosial

Posted Leave a commentPosted in Blog

Seperti yang kita sedia maklum media sosial ni satu medium untuk kita bersosial, berkomunikasi, berkenalan, berkongsi dan sebagainya. Yang pastinya, ia bukan tempat untuk berniaga dan beriklan.

Antara media sosial yang menjadi pilihan peniaga ialah Facebook, Instagram, Blog, Twitter dan sebagainya.

Memang seronok berniaga secara online, senang dan mudah. Tapi tahukah anda ada beberapa kesalahan yang selalu peniaga lakukan. 

KESALAHAN BERNIAGA DI MEDIA SOSIAL

Berniaga Tanpa Ilmu

Bila anda berniaga di media sosial, yang paling penting anda kena ada ilmu yang betul, jangan main hentam mak bedah jer. Boleh tanya pada peniaga lain yang sudah berpengalaman.

Buat research tentang produk, sesuai ke tak dengan pelanggan sasaran, kenapa mereka perlu beli, cara betul buat ayat iklan. Jangan main tiru je tengok orang lain jual kau pun nak jual juga la.

Rancang masa yang sesuai bila nak buat promosi, bukannya post gambar produk je setiap jam. Sekali sekala post la tips, ayat motivasi atau buat cerita yang beremosi tangkap dalam punya.

Jual Terlalu Banyak Produk Dan Terlebih Iklan

Jual hanya 1 atau 2 produk sahaja, ni ramai yang buat silap. Semua barang dia nak jual, dah macam kedai runcit. Kebanyakkan yang berjaya hanya menjual 1 produk sahaja.

Bila banyak-banyak barang yang anda jual, anda akan hilang fokus, kelam-kabut, orang tanya lain kau jawab lain. Yang penting anda perlu fokus dan konsisten.

Media sosial ni tempat untuk bersosial, bukannya untuk mengiklankan produk anda. Bila buka sahaja Facebook atau Instagram, penuh dengan gambar-gambar produk. Semak semak..!

Sakit mata tengok. Setiap masa upload gambar produk, rasa nak unfriend pun ada, betul tak.!!

Tapi tak salah, bila anda ada bisnes, tak guna media sosial untuk promosi barangan adalah satu kesilapan juga. Cuma jangan berlebihan beriklan, selitkan perkara-perkara yang memberi manfaat pada rakan-rakan anda.

Tak Bina Penjenamaan(Personal Branding)

Anda terus menjual tetapi anda tak bina personal branding. Siapakah anda?

Pelanggan perlu tahu siapakah anda? Apa kelebihan anda? Apa perniagaan yang anda jalankan?

Personal branding adalah satu kaedah membangunkan diri anda atau mempromosikan diri anda.

Dari situ akan terbina kepercayaan, rasa hormat, dan diminati ramai.

Tak Tahu Copywriting Dan Storytelling

Sebagai peniaga online anda perlu tahu dan belajar apa itu copywriting dan storytelling.

Jangan hanya upload gambar dan terus bagi details harga bagai. Memang nampak seperti iklan dan terdesak untuk dapatkan jualan. Kena ingat ye di media sosial orang tak suka sangat tengok iklan.

Anda perlu tahu cara menulis dengan baik, bercerita dengan penuh emosi dan mampu menarik minat pelanggan anda untuk membaca.

Dengan copywritng yang baik, pelanggan anda akan tersentuh atau kena dengan dirinya. Dari situ akan timbul minat ingin lebih tahu dan seterusnya membuat pembelian.

Kurang Berkomunikasi

Satu kesilapan yang terbesar yang selalu dilakukan oleh peniaga ialah kurang berkomunikasi dengan pelanggan lain.

Jika ada Pm atau pertanyaan, anda terus bagi details dan siap no akaun. Relax der, borak-borak la sikit anggap mereka berada di depan mata kita.

Dengan berinteraksi promosi anda nampak hidup dan anda membina kepercayaan dalam diri orang lain.

Sesiapa pun memang tak suka berinteraksi dengan orang yang sombong atau kurang layanan.

Selalu lah juga komen post dan like page orang lain. Baru orang nampak dan suka dengan anda.

Tidak Fokus

Anda harus fokus bila mempromosikan produk anda di media sosial. Jangan terlalu menjual banyak barang, nanti hilang fokus.

Fokus juga pada cara atau strategi nak promosi barang ke lebih rangkaian media sosial yang lain.

Ingat, promosi hanya kepada yang berminat. Jangan buang masa kat orang yang memangnya tidak berminat.

Campur Aduk Peribadi Dengan Perniagaan

Yang ni ramai buat silap, terutama di facebook. Main campur aduk je tentang peribadi dan pernigaan.

Kucing berak merata pun kau nak cerita dalam facebook. Mak mertua datang nak masak apa ni, itu pun cerita. Pastu kau post tentang produk kau jual. Ape ke hal, nampak berserabut tak..!!

Anda sebagai peniaga, seharusnya buat satu page khusus untuk berniaga. Baru senang pelanggan nak cari barangan yang anda jual. Nampak profesional la sikit, tak la bercampur aduk sana sini.

Kalau guna Instagram boleh buat 1 lagi akaun untuk perniagaan.

Salah Guna Hashtag

Ramai peniaga menyalahgunakan #hashtag dalam perniagaan mereka. Ada yang ambil kesempatan dengan menggunakan hashtag yang popular atau trending.

Contohnya anda berniaga perfume, tapi anda gunakan hashtag #jangancakapabangtakpayung atau lain-lain yang tidak ada kena mengena dengan produk anda jual.

Tolong guna hashtag yang berkaitan dengan perniagaan dan produk yang anda jual. Bukan payah mana pun kan.

Akaun Media Sosial Anda Private

Disini jangan menyusahkan pelanggan anda untuk berhubung dengan anda.

Sebagai peniaga online perlu bagi orang luar nampak bukan hanya sekadar kawan-kawan anda sahaja.

Lambat Balas PM

Paling lewat pun dalam tempoh 24 jam. Jangan la sampai berhari-hari baru nak balas. Nak berniaga online kena jaga sistem.

Pelanggan tak suka menuggu lama dan akhirnya bertukar kepada peniaga lain.

Spam

Spam adalah satu kesalahan dalam perniagaan online.

Contohnya mempromosikan perniagaan anda di facebook page orang lain dengan meletakkannya diruang komen.

Satu tindakan yang tidak beretika dan mampu menjatuhkan kredibiliti anda.

Kesimpulan

Sebagai peniaga, anda gunakanlah media sosial sebaik mungkin. Anda harus pandai menggunakan elemen positif untuk membina kepercayaan untuk orang lain mengenali anda. Semoga bermanfaat pada anda semua.

Sumber : Panduan Padu

Kata-Kata Motivasi Pembakar Semangat Untuk Berjaya

Posted Leave a commentPosted in Blog

Pernah tak anda rasa disaat anda terjatuh atau berada dibawah tekanan hidup untuk mencapai kejayaan yang besar, amat payah untuk bangun dan menggapai kembali apa yang anda inginkan. Nak teruskan melangkah pun terasa malas dan tidak bermaya lagi.

Untuk menyuntik semula semangat anda yang hilang itu, maka anda haruslah bermotivasikan diri. Gali balik apa kesilapan sebelum ini yang anda lakukan.

Motivasi diri dapat diperoleh dari berbagai sumber, salah satunya dengan kata kata motivasi. Sedikit sebanyak ia dapat membantu memperbetulkan keadaan supaya anda menjalani hidup dengan lebih sempurna dan menempa kejayaan.

Motivasi memang merupakan suatu hal yang sangat penting, tanpa adanya sebuah motivasi dalam melakukan sesuatu perkara maka perkara tersebut tidak akan berjalan lancar dan tiada tindakan. Oleh itu anda harus tanamkan kata-kata motivasi ini didalam diri anda selalu sebagai pembakar semangat untuk berjaya. 

Kata-Kata Motivasi Pembakar Semangat Untuk Berjaya

1. Sesiapa yang tidak pernah merasai kepahitan tidak akan mengenal kemanisan

2. Tidak penting berapa lama kita hidup, yang penting bagaimana keadaan kita semasa hidup

3. Tanpa tindakan, anda tidak akan sampai kemana-mana

4. Kekuatan tidak datang dari kemampuan fizikal, tetapi ia datang dari semangat yang tidak pernah mengalah

5. Ketabahan memerlukan keyakinan, keyakinan pula menentukan kejayaan, kejayaan pula menentukan kebahgiaan

6. Anda tidak akan berasa penat sekiranya anda melakukan perkara yang anda suka

7. Manusia yang berjaya akan memperolehi keuntungan daripada kesilapannya dan mencuba lagi dengan cara yang lain.

8. Orang yang gagal adalah orang yang tidak mampu menguruskan masalah. Orang yang berjaya adalah orang yang mampu menangani segala masalahnya

9. Semangat yang kuat, mampu mengatasi apa jua rintangan yang datang

10. Jangan berputus asa kerana biasanya anak kunci terakhirlah yang dapat membuka kunci

11. Jangan takut dan segan untuk setiap tindakan yang anda lakukan, seluruh kehidupan adalah ujian

12. Jangan sesali apa yang sudah pergi, jangan tangisi apa yang sudah tiada, tetapi bangkitlah dan bina kembali apa yang telah hilang dan pergi

13. Orang yang berjaya ialah orang yang melakukan tindakan di luar kemampuan orang lain, malah tidak mampu dilakukan oleh orang besar sekali pun

14. Apabila anda sudah kaya, fikirkanlah kembali saat anda pernah miskin dahulu

15. Belajarlah berdiri dahulu sebelum cuba untuk berlari

Mungkin banyak lagi kata-kata motivasi diluar sana yang boleh kita jadikan panduan hidup, sebenarnya suatu yang kita impikan akan mudah diperolehi jika kita berusaha dan sentiasa berfikiran positif. Setiap perkara yang kita lakukan untuk berjaya pasti ada jalan untuk mencapainya.

Terima kasih kerana membaca, semoga bermanfaat pada semua.

Sumber : Panduan Padu

Tips Motivasi Diri

Posted Leave a commentPosted in Uncategorized

Untuk berjaya dalam hidup, motivasi diri boleh dikatakan suatu keperluan. Kita mesti tahu bagaimana untuk memotivasikan diri kita. Kita juga perlu mempunyai semangat yang tinggi walau dalam keadaan seteruk mana pun. Sesiapa yang kehilangan semangat ketika melalui situasi yang sukar akan berdepan dengan kekalahan walaupun perjalanannya belum pun berakhir.

Persoalannya disini, bagaimana cara untuk mendapatkan motivasi diri. Disini ada diberikan sedikit tips motivasi diri yang sedikit sebanyak diharap boleh membantu anda dalam mengharungi kesulitan mahupun kesukaran dalam perjalanan kehidupan. Artikel motivasi ini membincangkan tentang apa yang perlu ada dalam diri untuk sentiasa bersemangat dalam mengejar cita-cita.

Artikel Motivasi

Tahu Tujuan

Tiada sumber motivasi yang lebih kuat untuk anda berjaya dari tujuan anda melakukannya. Tujuan anda adalah inspirasi terbaik untuk memberi perangsang dalam menghadapi kesulitan di kemudian hari. Ia akan dapat membantu anda melakukan perkara-perkara yang dilihat mustahil  pada pandangan manusia normal. Bila anda fikir anda sudah tiada semangat untuk meneruskan perjalanan, ingat balik tujuan anda melakukannya dan motivasi itu akan kembali kepada anda serta merta.

Tetapkan Impian atau Matlamat.

Tujuan anda untuk berjaya merupakan sumber motivasi yang kuat tapi masih belum cukup untuk merealisasikan apa yang anda mahukan. Anda perlu ada impian atau matlamat. Anda perlu bayangkan apa yang akan berlaku pada anda apabila anda berjaya mencapai tujuan anda. Memiliki impian sangat penting sebab sangat susah untuk bermotivasi jika anda tiada matlamat yang khusus.  Bayangkan pemain bola sepak. Adakah mereka akan bermotivasi jika tiada pintu gol untuk dijaringkan? Mereka memerlukan matlamat. Begitu juga anda. Matlamat atau impian yang ditetapkan mestilah cukup besar untuk menginspirasikan anda. Ia harus realistik dan mencabar untuk mengeluarkan anda dari zon selesa yang anda duduki sekarang ini. 

Mempunyai Keinginan Yang Kuat

Untuk benar-benar mendapat motivasi diri yang jitu, anda mesti mempunyai keinginan yang kuat. Ini akan membantu anda ketika melalui situasi-situasi yang sulit dan memastikan anda berusaha untuk melakukan prestasi yang terbaik walau dalam apa jua keadaan sekalipun. Jika anda berasa seperti keinginan anda semakin pudar, apa yang perlu anda lakukan ialah untuk  melihat kembali kepada impian dan matlamat anda. Ini akan memberikan motivasi kepada diri anda dan meningkatkan lagi rasa keinginan anda.

Tips Motivasi Diri

Tetapkan Haluan Sendiri

Membandingkan diri anda dengan orang lain biasanya akan mengurangkan keyakinan anda. Walaupun anda pada mulanya bersemangat, lama-kelamaan anda mula terasa kekurangan diri jika dibandingkan dengan orang lain. Elakkan ini terjadi kepada anda. Anda mempunyai matlamat sendiri dan apa yang orang lain kecapi tidak perlu dibandingkan dengan diri anda. Setiap orang mempunyai perjalanan hidup dan keadaan yang berbeza.  Membandingkan diri anda dengan orang lain adalah seperti membandingkan prestasi seorang perenang dengan seorang pelari menggunakan standard masa yang sama. Mereka berdua dalam situasi yang berbeza jadi ianya adalah tidak relevan untuk membandingkan kedua-dua orang ini. 

Berani Meneruskan Perjalanan

Apabila anda bertemu dengan cabaran dalam perjalanan anda untuk berjaya, anda mungkin cenderung untuk menghentikan perjalanan itu. Anda mungkin berfikiri bahawa ia terlalu sukar untuk diteruskan. Tetapi, ini sebenarnya adalah saat dimana anda boleh melihat perbezaan antara seorang yang menang ataupun seorang yang kalah. Meskipun kedua-duanya menghadapi kesulitan yang sama, tetapi satu perkara yang membezakan adalah keberanian untuk meneruskan perjalanan itu. Jika berhadapan dalam situasi yang sukar, fokuskan pemikiran anda untuk meneruskan langkah kehadapan. Jangan berfikir bagaimana untuk menyelesaikan perlumbaan atau berapa banyak lagi cabaran yang akan ditempuhi. Tetapi, hanya fokus untuk mengambil langkah yang seterusnya.

Artikel Motivasi Diri

Lupakan Masa Silam

Percaya atau tidak, salah satu pemusnah motivasi diri anda adalah masa silam anda sendiri. Ia boleh memberi beban yang berat diatas bahu yang perlu anda pikul. Walaupun begitu, ia adalah sesuatu yang boleh anda tinggalkan. Anda mungkin membuat kesalahan pada masa lalu. Anda mungkin telah mengecewakan orang lain dengan apa yang anda lakukan. Tapi itu semua sudah berlalu. Ia adalah sesuatu yang tidak dapat anda ubah lagi hakikatnya. Hari ini adalah hari yang baru dan anda sentiasa mempunyai peluang untuk memulakan semula hari anda. Tidak kira seteruk mana masa silam anda, masih ada masa depan yang cerah menanti jika anda berani meneruskan perjalanan.

Sekian, semoga tips motivasi diri yang diberikan diatas boleh membantu anda untuk mengecapi kejayaan dalam hidup. Tidak kira sesusah mana pun cabaran yang dihadapi, teruskan usaha anda, berdoalah untuk mendapat yang terbaik, dan bertawakal kepada Allah.

Sumber : azizi.com

7 PERKARA ANAK MUDA PERLU TAHU SEBELUM MEMULAKAN PELABURAN HARTANAH

Posted Leave a commentPosted in Blog
Pelaburan hartanah

Nak memiliki hartanah bukanlah sesuatu yang mudah tetapi tidaklah begitu susah jika anak muda tahu strategi dan caranya.

Jom tengok cara-cara yang Tuan Amir Syahir kongsikan di bawah;

1. Simpan Simpan Simpan
Simpan di tempat yang boleh gandakan wang korang. Contohnya Tabung Haji dan ASB. Kalau simpan dalam bank hanya pulangan dividen 3%-4%.

2. Beli Rumah Harga Murah
Dengan gaji yang masih kecil, kau orang beli dulu rumah apartmen berharga di bawah RM150K. Susah nak jumpa? Buka Mudah.my sekarang.

3. Kira Kelayakan Pembiayaan
Belajar kira berapa jumlah pembiayaan perumahan bank boleh beri berdasarkan Debt Service Ratio (DSR). Jika kau ada komitmen hutang kereta, kad kredit dan pembiayaan peribadi, DSR kau memang kelaut. Cubalah baiki dulu.

4. Jangan Terburu-buru
Kau orang tengok ada orang banyak rumah. Kau jangan terburu-buru. Baiki dulu CCRIS dan profil kewangan semua.

5. Tambahkan Ilmu Hartanah Yang Asas
Dari masa ke semasa belajarlah ilmu hartanah yang asas. Kau orang beli rumah lelong rugi. Orang lain beli untung. Ada orang beli unit untuk disewakan, kau beli rugi. Jadi, ilmu itu penting. Nama lagi pelaburan. Ia ada risiko yang tersendiri. Dengan ilmulah kau boleh elakkan daripada terdedah risiko.

6. Jangan Cepat Putus Asa
Jika unit kau berminat sudah disambar orang, usah risau dan cepat berputus asa. Banyak lagi rumah. Usaha lagi okay.

7. Dapatkan Nasihat Pakar / Orang Berpengalaman
Belajar daripada yang mahir dalam bidang hartanah ini. Tanya pendapat mereka sebelum buat apa-apa keputusan. Ada juga syarikat yang berlindung disebalik skim pelaburan perumahan yang memang menipu duit orang. Kena hati-hati juga supaya tak masuk perangkap.

Belilah rumah dengan segera walaupun rumah busuk, terbiar, kecil atau sederhana. Satu sahaja pun tidak mengapa daripada terus menerus merungut rumah mahal setiap masa.

Utamakan keperluan dan lupakan kemahuan. Hiduplah di bawah kemampuan. Lupakan semua kemewahan terlebih dahulu.

Moga bermanfaat.

Sumber;propertybah.my

DAH SIGN LO BANK, APA LANGKAH SETERUSNYA? (HARTANAH SUBSALE)

Posted Leave a commentPosted in Blog
Pembiayaan hartanah

Minggu lepas kita telah meneliti proses yang berlaku selepas menerima tawaran pembiayaan bagi hartanah dalam pembinaan (undercon). Pada minggu ini, mari kita teliti pula proses yang berlaku untuk pembelian di pasaran sekunder atau hartanah yang telah siap (hartanah subsale)

1. Buka akaun simpanan untuk arahan tetap. Kebanyakan bank kini mewajibkan anda mempunyai akaun simpanan/semasa dengan mereka apabila menerima tawaran pinjaman.

2. Daftar kemudahan online. Semua informasi yang diperlukan oleh anda akan diberikan secara digital. Informasi seperti baki pinjaman, bayaran ansuran, jumlah asal pinjaman, caj-caj lain yang dikenakan, penyata pinjaman dan lain-lain.

3. Pihak bank pula akan menyediakan dokumen Surat Arahan (LI) kepada peguam untuk menyediakan dokumen perjanjian pinjaman.

4. Pihak bank pula akan menyediakan dokumen Surat Arahan (LI) kepada valuer untuk menyediakan laporan jurunilai (valuation report)

Nota: Terdapat dua surat arahan (LI) yang dikeluarkan di sini berbanding hartanah dalam pembinaan (undercon) yang hanya mempunyai satu surat arahan (LI)

5. Peguam akan menghubungi anda untuk menandatangani dokumen jual beli (S&P) dan dokumen perjanjian pembiayaan selepas menerima LI daripada bank.

6. Tandatangan dokumen jual beli dan perjanjian pembiayaan apabila peguam telah siap menyediakannya.

7. Pada masa yang sama, valuer juga akan menghubungi anda untuk meminta kunci hartanah. Valuer perlu pergi ke hartanah tersebut untuk memeriksanya sebelum boleh mengeluarkan laporan jurunilai (valuation report) yang merupakan dokumen WAJIB sebelum bank boleh disburse duit kepada pihak penjual.

8. Sila bagi nombor agen hartanah anda kepada mereka untuk dihubungi bagi tujuan menjalankan pemeriksaan.

9. Sila selesaikan apa-apa caj tertunggak sama ada dari pihak peguam atau valuer apabila menerima invois daripada mereka (jika ada).

Ingat, bayar hanya kepada firma tersebut dan bukan kepada mana-mana individu.

10. Kedua-dua pihak ini akan menghantar dokumen yang diperlukan kepada bank.

11. Tunggu sehingga anda menerima surat daripada bank untuk memulakan bayaran. Di samping itu, saya menggalakkan anda terus berkomunikasi dengan peguam dan valuer untuk kemaskini status urusan pembiayaan anda.

Sekian sahaja untuk minggu ini.

Semoga bermanfaat!

Sumber:Hikayat hartanah

7 PANDUAN MEMBELI HARTANAH BAGI NEWBIE NO #1 PALING PENTING

Posted Leave a commentPosted in Blog
pembiayaan

Ramai anak muda sudah mula berminat untuk melabur dalam hartanah. 7 perkara berikut boleh dijadikan panduan untuk menceburi bidang ini.

Antaranya:

#1 Ilmu
Kita mestilah mempunyai ilmu yang cukup sebelum membuat perancangan. Belajar dulu selok belok hartanah. Laburkan sedikit wang untuk beli buku berkaitan, hadir seminar hartanah. Ilmu penting sebagai persediaan untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi. Ilmu juga dapat diperoleh dengan membaca dan melalui perkongsian pengalaman orang lain.

#2 Bina Ukhuwah
Bina ukhuwah / networking antara ejen, banker, kawan yang sama minat dengan kau. Mereka boleh bantu kau dari masa ke semasa. Kalau dapat bina satu pasukan yang cekap lagi cepat kau bergerak jauh. Antaranya seperti peguam , pegawai bank, kontraktor, juru elektrik, tukang baik pulih rumah dan sebagainya.

#3 Matlamat
Tentukan matlamat keuntungan hartanah :
-Kenaikan nilai hartanah
-Pendapatan pasif (aliran tunai)

Keuntungan kenaikan nilai hartanah
i. Rumah bertanah lebih cepat naik harga.
ii. Memerlukan modal yang agak tinggi.
iii. Beli, simpan, jual.
iv. Beli masa dalam pembinaan, siap jual.

Keuntungan pendapatan pasif
i. Hasil lebihan daripada hartanah yang disewakan.
ii. Apartmen / kondominium lebih bagus.
iii. Perlu ada kecekapan menguruskan rumah sewa, duit sewa.

#4 Modal
Modal mesti ada. Takkan nak beli rumah dengan senyuman menawan kau je, ye dak? Belajar macam mana kau boleh dapatkan modal / deposit rumah dengan cepat.

#5 Nilai Hartanah Bawah RM300K
Sebagai permulaan, kau boleh mencari hartanah berskala kecil. Sebabnya;
i. Mudah untuk dapatkan pembiayaan hartanah tersebut, senang dapatkan pembiayaan rumah kedua dan seterusnya.
ii. Mudah untuk mendapatkan penyewa / pembeli.

#6 Lokasi
Lokasi memainkan peranan penting untuk meningkatkan keuntungan dari segi kenaikan hartanah ataupun keuntungan sewa. Antaranya;
i. Berdekatan dengan pusat bandar
ii. Berdekatan dengan kawasan perindustrian
iii. Berdekatan dengan hospital, sekolah, pejabat kerajaan
iv. Berdekatan dengan universiti, kolej, politeknik
v. Berdekatan laluan pengangkutan awam.
vi. Berdekatan laluan lebuhraya

#7 Keuntungan
Kau kena tahu kau bakal dapat keuntungan. Ada orang beli hartanah mahu buat sewa tapi selalu aliran tunai negatif. Maknanya ada yang tak kena tu. Membeli tanah yang tidak diusahakan dianggap tidak memberi keuntungan jika masih perlu membayar menggunakan pendapatan sendiri. Macam mana nak untung? Kena tengok balik nombor 1. Ilmu.

Apa yang saya tulis sebagai panduan asas saja. Bersama-sama lah kita menuju kejayaan dunia dan akhirat. Ada duit susah, tak ada duit pun susah. Jangan sampai kita jadi hamba duit. Bila kita kaya, boleh kita tolong orang yang tak berkemampuan.

Contohnya, jika kita jadi tuan rumah, kalau penyewa kita baik, bayar tepat waktu, kita sudah mendapat untung sewa dan aliran tunai positif. Ramai tuan rumah Melayu kekalkan harga sewa rumah je. Jadi, Melayu kita sendiri tak terbeban kan?

SUMBER : Halal Money

8 SAHAM PELABURAN HARTANAH DI MALAYSIA

Posted Leave a commentPosted in Blog
PelaburanPelaburan

Pelaburan saham dalam bahasa mudah bermaksud satu aktiviti pelaburan dengan membeli unit atau ekuiti organisasi atau institusi dan bertujuan untuk mencapai keuntungan maksimum. Namun begitu, pelaburan saham dalam hartanah masih lagi hijau dalam kolam rakyat Malaysia khususnya Bumiputera.

Bila sebut sahaja pelaburan hartanah, kebiasaannya orang akan faham mereka perlu beli rumah atau tanah untuk memulakan pelaburan. Yang mana ianya memerlukan modal yang agak besar atau terlalu rumit. Pelabur perlu cari penyewa, jaga penyewa dan pastikan rumah dalam sentiasa dalam keadaan baik.

“Pelaburan saham bukan bermaksud pemilikan atas hartanah. Sebaliknya, lebih kepada pengurusan kewangan untuk pelaburan jangka panjang.”

Jadi sesetengah orang melihat pelaburan hartanah ini bukan untuk mereka dek kerana kekurangan modal atau masa. Apa pilihan lain bagi orang begini? Nak juga melabur hartanah?

Tidak mengapa, jangan risau, ada beberapa lagi pelaburan lain yang berasaskan hartanah tetapi tidak memerlukan wang yang besar atau masa yang banyak.

1. Real Estate Investment Trust (REIT)

Konsep REIT lebih kurang sama dengan konsep saham amanah (unit trust). Melalui saham amanah, duit pelabur dikumpulkan dan dilaburkan dalam pasaran saham dan bon/sukuk. Berbeza dengan REIT, duit pelabur dilaburkan dalam pasaran hartanah.

Portfolio REIT boleh mengandungi beberapa jenis hartanah seperti pusat membeli belah, kedai runcit, rumah kedai dan hospital. Yang terbaru kerajaan mencadangkan untuk mewujudkan REIT lapangan terbang pula, ianya merupakan REIT lapangan terbang yang pertama di dunia.

Sebagai pelabur, kita tidak perlu memikirkan hartanah mana yang paling berpotensi, lokasi mana yang strategik atau serabut kepala untuk mencari penyewa dan mengutip sewa setiap bulan. Semua perkara ini akan diuruskan oleh pengurus dana.

2. Amanah Hartanah Bumiputera (AHB)

AHB yang dikenali sebagai Amanah Hartanah Bumiputera merupakan antara instrumen saham yang paling popular di Malaysia dek pemasaran agresif yang dilakukan beberapa institusi kewangan.

Buat pengetahuan anda, AHB juga merupakan REIT, apa yang bezanya ialah harga unitnya tidak berubah. Makanya, AHB tiada risiko turun naik harga. Dana AHB ini diuruskan sepenuhnya oleh Pelaburan Hartanah Berhad (PHB).

Apa yang menarik tentang AHB ialah dana unit ini digunakan untuk pelaburan bagi hartanah jenis komersil di Lembah Klang dan bandar utama di Malaysia dan ianya patuh syariah.

Tujuannya adalah untuk memberi peluang kepada pelabur Bumiputera untuk turut serta dalam pemilikan hartanah tetapi melalui pemilikan unit dalam AHB sebagai unit holder.

3. Mortgage Backed Securities (MBS)
Siapa yang pernah tonton filem The Big Short pasti boleh faham MBS ni. MBS adalah satu produk pelaburan berasaskan hutang rumah. Bahasa mudahnya kita labur dalam pinjaman rumah, apa-apa kadar faedah yang dibayar peminjam kita akan dapat.Bank akan beri pinjaman rumah kepada pelanggan. Katakan bank dah pinjamkan RM1 bilion kepada pembeli rumah, sekarang bank sudah kekurangan modal. Jadi macam mana dia nak pastikan dia boleh terus memberi pinjaman kepada orang ramai?

Kemudian datangnya satu idea untuk menghimpunkan seluruh hutang rumah ini untuk menjadi satu bon yang dikenali sebagai MBS. MBS ini kemudiannya dijual kepada pelabur. MBS akan memberikan pelabur dividen setiap tahun dan modalnya akan dipulangkan selepas tempoh yang dijanjikan.

Katakan MBS ini perjanjian terlampau panjang sehingga 30 tahun tetapi pelabur mahu melabur 5 tahun sahaja. Boleh atau tidak? Jawapannya adalah … boleh. Hal ini kerana, konsep MBS yang boleh dijual daripada satu pelabur kepada pelabur yang lain.

Selain 3 pelaburan di atas ini, ada beberapa produk pelaburan berasaskan hartanah yang lebih kompleks. Tetapi sayangnya pelaburan ini tiada di Malaysia buat masa ini. Antaranya adalah Collateralised Debt Obligation (CDO), Derivatif Hartanah, Indeks Hartanah dan matawang digital hartanah (Bitcoin).

Anda sebenarnya tidak perlu khawatir akan pelaburan saham dalam hartanah di luar negara kerana PNB dan EPF turut melabur dalam pasaran hartanah antarabangsa dan yang paling hot setentunya Battersea, London – sebuah bandar ikonik hasil pembangunan syarikat tempatan.

Namun begitu, anda tidak perlu meragui akan kredibiliti instrumen seperti Private Equity Emerging Market, Crypto Currency, CDO, Derivative Products Underlying Asset kerana dana ini merupakan dana antarabangsa yang menguruskan pelaburan sahama hartanah di luar negara.

Terpulang kepada anda untuk melabur di dana yang anda sukai kerana pelaburan saham merupakan antara pelaburan yang menguntungkan dari segenap aspek dan ruang.

Sumber:hartabumi.com

2 PROGRAM NI BOLEH TOLONG KORANG DAPATKAN DEPOSIT RUMAH DENGAN MUDAH

Posted Leave a commentPosted in Blog

Pelaburan hartanah

Nilai deposit rumah cuma 10% je tapi itu pun ramai yang gagal nak kumpul, lagi-lagi orang muda atau mereka yang baru bekerja yang dibebani hutang zaman belajar, hutang kereta dan paling teruk, ketagih shopping online!

Kat sini kami kongsikan beberapa skim deposit rumah yang ditawarkan kerajaan. Mari kita lihat!

Skim Rumah Pertamaku

Bagi yang kali pertama ingin membeli hartanah, terutamanya bagi yang bekerja dalam sektor swasta, korang secara automatik layak untuk mendapat bantuan Skim Rumah Pertamaku, iaitu salah satu inisiatif kerajaan untuk membantu para pembeli terutamanya golongan muda untuk memiliki rumah.

Korang dah tak perlu risau pasal deposit 10% tadi, malah peratusan pembiayaan juga adalah 100%. Skim yang diperkenalkan pada 2011 ini melibatkan institusi kewangan dan bank terkemuka di Malaysia seperti Affin Bank, Alliance Bank, AmBank dan Bank Islam.

Sebelum itu, pastikan korang memenuhi syarat kelayakan untuk memohon Skim Rumah Pertamaku:
Rakyat Malaysia sahaja
Pembeli rumah pertama sahaja
Pekerja sektor swasta
Berumur tidak melebihi 40 tahun
Pendapatan individu tidak melebihi RM5,000 sebulan
Pendapatan keluarga tidak melebihi RM10,000 sebulan

Skim Rumah Pertamaku hanya tertakluk kepada hartanah di Malaysia sahaja dan korang kena ingat, rumah yang ingin dimiliki perlu mempunyai nilai minimum RM100,000 dan maksimum RM500,000. Sekiranya korang berjaya dalam permohonan, harus diingat bahawa rumah yang dibeli menggunakan duit Rumah Pertamaku tak boleh disewakan. Jangan ambil kesempatan wokeh!

Senang je nak memohon Skim Rumah Pertamaku ni. Kalau dokumen korang dah lengkap dan korang dah pilih unit yang ingin dibeli, korang hanya perlu ke bank yang terlibat dan nyatakan kelayakan korang untuk membeli dengan bantuan Skim Rumah Pertamaku.

Korang boleh melayari laman sesawang Skim Rumah Pertamaku untuk maklumat yang lebih terperinci.

Program Mydeposit

Program MyDeposit lebih kurang sama dengan Skim Rumah Pertamaku tetapi yang program ini lebih fokus kepada keluarga berpendapatan sederhana. Program ni diumumkan pada tahun 2016 oleh bekas Perdana Menteri Najib Razak dengan tujuan memberi bantuan kepada golongan yang mempunyai kesukaran membiayai wang pendahuluan 10% untuk membeli rumah akibat harga rumah yang semakin tidak terkawal.

Semenjak diumumkan, Program MyDeposit telah memperuntukkan bantuan sebanyak RM200 juta. Banyak kan? Jadi bagaimana program ini boleh membantu korang? Mudah saja. Program ini akan memberikan wang pendahuluan dengan nilai maksimum RM30,000 untuk menampung deposit 10% untuk setiap pembelian rumah. Tapi korang kena ingat, program ini hanya untuk pembelian rumah yang nilainya tidak melebihi RM500,000.

Berikut pulak adalah syarat kelayakan untuk memohon Program MyDeposit:
Warganegara Malaysia
Berumur 21 tahun dan ke atas
Pembelian rumah pertama bagi satu isi rumah
Pendapatan isi rumah antara RM3,000 sehingga RM15,000

Sekarang korang dah tahu yang ada dua skim atau program yang korang boleh sertai untuk dapatkan rumah idaman korang tu. Korang boleh mendapat manfaat maksimum dengan membuat permohonan membeli Rumah PR1MA, iaitu skim untuk membantu pembeli rumah pertama.

Tapi kalau boleh janganlah terus pilih rumah yang berharga RM500,000. Sebabnya, walaupun nilai rumah maksimum yang dibenarkan di bawah Rumah Pertamaku adalah RM500,000, apa kata jimat sedikit dan beli rumah mampu milik seperti Rumah PR1MA. Ringan sikit poket untuk membayarnya nanti.

Tips: Ingat, program dan skim yang diwujudkan ini adalah untuk membantu korang, bukan untuk memiliki rumah-rumah mewah. Jadi, jangan fefeeling sangat.

Laman iProperty juga ada berkongsi pengalaman seorang pembeli rumah yang telah berjaya memiliki sebuah Rumah PR1MA di Kampar dengan harga sekitar RM250,000. Jadi tunggu apa lagi, daftarlah sekarang! Bayangkan penjimatan yang korang boleh dapat dengan kedua-dua Skim Rumah Pertamaku dan PR1MA.

Sambil tu, jangan lupa untuk semak kelayakan korang sebelum mohon pinjaman rumah dari bank kat sini. Korang juga boleh buat perbandingan pinjaman perumahan dari 15 bank yang ada kat Malaysia ni.

Sumber:loanstreet