Servis

 

Pembersihan Kawasan

Kerja-kerja pembersihan kawasan tanah lot seperti menebang pokok, belukar dan semak-samun menjadi tanah lapang akan disediakan oleh pihak Syarikat. Perkhidmatan pembersihan ini adalah disediakan percuma (tertakhluk kepada terma & syarat) bagi pembeli-pembeli tanah. 

 

Pancang Sempadan Lot

Setiap plot akan dipancang bagi menandakan sempadan kawasan mengikut keluasan seperti yang telah termaktub di dalam pelan tanah. Perkhidmatan pancang ini adalah disediakan percuma (tertakhluk kepada terma & syarat) bagi pembeli-pembeli tanah. 

 

Rizab Jalan & Sistem Perparitan

Setelah kerja-kerja pembersihan selesai dilakukan, kawasan tapak akan ditinggikan untuk membuat rizab jalan. Sistem perparitan/longkang juga akan dibuat. Perkhidmatan ini adalah disediakan percuma (tertakhluk kepada terma & syarat) bagi pembeli-pembeli tanah. 

  

Tambak Tanah

Tambak akan disediakan secara percuma (tertakhluk kepada terma & syarat) bagi pembeli-pembeli tanah jika termasuk dalam harga promosi.  

 

Perjanjian Jual Beli

Setiap pembeli akan menandatangi satu perjanjian jual beli yang mengandungi perincian tentang hartanah yang dibeli di mana kos untuk perjanjian ini akan ditanggung oleh Syarikat buat kali pertama sahaja.  

 

Pembinaan Rumah

Pembeli lot tanah atau pelanggan boleh memilih perkhidmatan pembinaan rumah atas design sendiri atau design daripada syarikat mengikut bajet pelanggan.